Pelakon Azhan Rani antara individu yang rajin menderma darah di Pusat Darah Negara.
Beg yang ke 99
Menurut Azhan, dia sudah menderma 99 beg darah sepanjang usianya. Tambah pelakon drama ‘Nur’ ini lagi, dia berharap dapat mengenapkan angka tersebut menjadi 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ini beg yang ke-99. Yang tak tahu kenapa dia warna kuning. sebab itu darah platelet dan plasma yang dah diasingkan dari darah merah oleh mesin. Tak payah buat gelak dan jadikan bahan lawak. Kita semua ada darah ini kecuali la kau keturunan mahsuri.
Ada izin Allah InshaAllah dua minggu lagi panjang umur sihat badan boleh la genapkan 100. Banyaknya derma darah? Tak banyak pun.
Berbicara lebih lanjut, Azhan sempat berkongsi beberapa info di mana rekod penderma darah paling banyak setakat ini ialah 800 kali dan masih aktif menderma.
Selagi sihat dan mampu nikmat kesihatan ni boleh je dikongsi pada yang memerlukan. Dah ramai derma darah tak payah la pergi? Salah.
Ujar Azhan, dalam sehari purata 2000 beg darah diperlukan untuk kegunaan ramai pesakit di seluruh negara.
Permintaan akan lebih meningkat bila musim cuti dan perayaan. Umur maksimum boleh jadi penderma darah 70 tahun. Itupun pun kalau tak ada apa-apa penyakit.
Di akhir posting, Azhan berkata, posting yang dimuat naik olehnya ini bukan bertujuan untuk bermegah di media sosial.
Posting ni harap dapat menjentik lebih ramai untuk turut sama prihatin menderma darah. Tak kisahla penderma darah utuh ( #wholeblood ) atau penderma apheresis macam aku ni. InshaAllah sama-sama kita bantu yang memerlukan sambil bantu tingkatkan kesihatan diri sendiri. Tiada paksaan hanya galakkan buat yang sihat dan layak menderma darah jom.