Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Bukan Rekaan Ini Cerita Sama Seperti Yang Dihebahkan”- Kakak Ipar Aslam Sahkan...

    “Bukan Rekaan Ini Cerita Sama Seperti Yang Dihebahkan”- Kakak Ipar Aslam Sahkan Marissa Dan Aslam Benar Kahwin Lari!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu perkahwinan di luar negara, terutamanya di Thailand, bukanlah isu baharu, bahkan ia akan menjadi isu hangat secara bermusim.

    Isu ini akan menjadi lebih panas jika pihak yang terlibat dikenali ramai sama ada orang kenamaan, artis, dan sebagainya.

    Bagaimanapun, dasarwarsa ini ramai yang melihat kes nikah sempadan sebagai isu remeh.

    IKLAN

    Ini kerana jika diabaikan tanpa tindakan atau pengawalan sewajarnya, ia bakal menjadi gejala yang boleh merosakkan institusi keluarga.

    Pasangan yang berkahwin di negara jiran seperti di selatan Thailand dan lain-lain tidak memikirkan risiko bakal mereka hadapi terutamanya jika perkahwinan tidak didaftarkan.

    Perlu difahami bahawa tidak semua perkahwinan tersebut sah mengikut hukum syarak. Lebih-lebih lagi, bagi pernikahan yang menggunakan khidmat sindiket.

    Oleh itu, semua pasangan yang bernikah di luar negara mesti membuat pengesahan nikah terlebih dahulu di mahkamah syariah bagi menentukan kesahihan pernikahan tersebut mengikut hukum syarak.

    Berbincang soal ini, baru-baru ini kakak ipar kepada lelaki dikenali sebagai Aslam yang dikaitkan dengan Marissa Dania Hakim mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial itu di Songkla, Thailand pada Disember lalu.

    Memetik laporan sebuah portal online, wanita dikenali sebagai Nadiah Mazlan itu mededahkan secara ringkas, laporan media mengenai berita pernikahan itu adalah tepat.

    “Ya betul (Marissa dan Aslam) nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan,” jawapnya ringkas.

    Terdahulu, berita pernikahan anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi itu heboh diperkatakan sejak petang semalam.

    Marissa dan Aslam yang masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.

    ALSO READ:  [VIDEO] Eyra Hazali Kecewa Dengan Sikap Segelintir Ibu Bapa Rasa ‘Terpaling’ Bagus Membesarkan Anak-Anak

    Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

    Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.

    Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.

    Sementara itu, Marissa yang juga anak kedua daripada tiga beradik dilihat tidak lagi mengikuti ibu bapanya dalam laman sosial.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts