Menghidupkan semula tradisi, adat atau kepercayaan yang pernah wujud dalam sejarah peradaban manusia ke skrin layar mungkin tidak semudah yang digambarkan.
Menghidupkan Semula Tradisi
Namun dengan pengetahuan dan kajian yang dijalankan, ‘suasana’ tersebut dapat dikembalikan meski ia dihasilkan dalam bentuk fiksyen.
Itulah yang bakal disaksikan oleh penonton apabila sebuah filem berjudul Headhunter edaran MyContent Distribution yang bakal menemui para penonton menerusi platform Prime Video.
Lambang Kepahlawanan
Headhunter dalam bahasa Melayu bermaksud pemburu kepala. Ia bukan sebuah keganasan semata-mata namun adat tradisi daripada suku kaum Iban di Sarawak sejak berabad lamanya.
Ia juga merupakan lambang kepahlawanan apabila Headhunters membawa pulang kepala selepas misi serangan yang dikenali sebagai Ngayau.
Mengambil latar abad ke-18, Headhunter yang ditulis, diarahkan dan diterbitkan sendiri oleh Badd Badrul akan menyaksikan kombinasi di antara fakta tentang adat tradisi dan fiksyen yang dibentuk menjadi hiburan sekaligus pengetahuan baharu buat generasi masa kini.
Mendidik Dan Berkongsi Ilmu
Badd Badrul juga menyifatkan Headhunter sebagai naskhah bersifat mendidik dan berkongsi ilmu tentang adat, budaya atau tradisi yang cukup kaya di Malaysia amnya dan di Borneo khususnya.
Headhunter yang bakal ditayangkanbermula 29 Jun 2023 di Prime Video ini mengangkat kisah empat sahabat baik yang membesar bersama sejak kecil.
Saksikan Headhunter edaran MyContent Distribution yang mula ditayangkan di Prime Video pada 29 Jun 2023.
Barisan Pelakon Hebat
Filem ini mengketengahkan lakonan Anding Indrawani sebagai watak utama, Cha Cha Maembong sebagai heroin manakala Ebi Kornelis sebagai watak antagonis atau musuh utama hero.
Ia juga menampilkan lakonan sulung Ahya Rosli dan Zulaika Zahari.
Headhunter telah mendapat Anugerah Khas Juri Festival Filem Malaysia yang ke 31.
Manakala Anding Indrawani pula telah memenangi Anugerah Pelakon Harapan FFM 31 melalui filem yang sama.
Credit: Filem – Murai MY