Adakah kamu ingat suatu ketika dahulu, ketika Shah Rukh Khan (SRK) dan isterinya, Gauri Khan mengumumkan kelahiran anak ketiga mereka iaitu AbRam, beberapa rumour telah muncul.
Antara salah satunya adalah, ada beberapa pihak mendakwa bahawa AbRam sebenarnya anak hasil hubungan luar nikah kepada Aryan Khan, iaitu anak sulung SRK.
Ketika itu ramai yang mendakwa Aryan yang masih berusia 15 tahun, telah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis di Eropah. Malah tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan sosok menyerupai Aryan memandu kereta di Romania.
“AbRam ialah anak ketiga saya dan Gauri. Mengenai video Aryan memandu, ia adalah palsu. Seluruh keluarga kami sangat terganggu dengannya. Aryan tidak mempunyai lesen memandu antarabangsa.”
Kongsi SRK lagi, khabar angin tersebut memberi kesan kepada dirinya dan keluarga. Malah dia mendedahkan, dia tidak boleh memberi kenyataan melulu kerana ramai yang akan cuba memalsukannya.
“Dalam dunia baru ini, realiti boleh menjadi palsu dan palsu menjadi nyata. Saya mula sedar bahawa saya tidak boleh mengatakan apa sahaja yang ada di fikiran saya dengan bebas.”
Untuk pengetahuan kamu. AbRam dilahirkan daripada ibu tumpang yang merupakan saudara jauh Gauri Khan.