Pelakon, Nora Danish menitipkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu yang berlangsung lebih dari 5 jam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nora menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia kini mengerti mengapa terdapat individu yang bersungguh-sungguh ke majlis illlmu tanpa henti adalah disebabkan hati manusia yang sentiasa berbolak-balik.
“Sekarang Nora faham dan mengerti kenapa ada yg bersungguh sungguh ke majlis ilmu tanpa henti. Bukan untuk acah- acah baik, tetapi , kerana kita tahu yang hati ini sentiasa berbolak balik 🥹.
Jadi setiap kali hadir , niat untuk isi kembali ruang ruang kosong akibat terlupa , jahil , leka dan sebagainya. Bukan untuk merasa diri inilah yang terpaling bagus, tetapi untuk perbaiki diri yang serba serbi kekurangan.”-kongsi Nora di Instagram
“Rasa Tidak Cukup, Rasa Ingin Belajar…”
Menjadi gian untuk ingin belajar di majlis ilmu, Nora turut menitipkan pesanan buat orang ramai untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu dan berdoa agar dapat memahami pengisian supaya terus istiqomah.
“Sukar hendak digambarkan atau diungkapkan. Rasa tidak cukup , rasa ingin belajar 24/7. Jadi gian ingin tawu. Ingin belajar, lagi dan lagi. Tidak pernah jemu. MasyaAllah. Semua kerana Allah Mampukan
Nanti kalau anda semua di jemput ke mana mana majlis ilmu,hadir tau 🤍 Dan sebelum start majlis, berdoa agar kita dapat memahami, mengingati, menginsafi, dan dapat di praktikkan dalam kehidupan kita supaya kita terus istiqomah. Dua dengan penuh Harapan dan Yakin 🤲🏼🙏🏼🤍.”-titip Nora lagi
View this post on Instagram