Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Buktikan Adik Boleh Menang Oscar, Leonardo DiCaprio & Michelle Yeoh Ambil Masa...

    ‘Buktikan Adik Boleh Menang Oscar, Leonardo DiCaprio & Michelle Yeoh Ambil Masa Berpuluh Tahun’ – Ogy Ahmad Daud

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Fauziah Ahmad DaudFauziah Ahmad Daud

    Aktres senior Fauziah Ahmad Daud menasihati pelakon baharu yang memasang impian mahu memenangi Anugerah Akademi atau Oscar agar berusaha keras dan buktikan diri mereka layak menjulang trofi tersebut.

    ‘Buktikan boleh menang’

    Fauziah Ahmad DaudFauziah Ahmad Daud

    Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, tidak salah untuk mempunyai impian yang tinggi, namun perlu menunjukkan hasil kerja yang berkualiti dari segi lakonan.

    Untuk mempunyai impian itu percuma, tapi sekiranya impian itu benar-benar dimahukan, ‘work for it’ (berusahalah).

    Buktikan pada kami yang adik boleh memenangi Oscar. Tapi kena masuk belajarlah, jangan asal boleh saja. Jangan fikir rambut saja nak cantik dan sebagainya.

    Lakonan bukan itu saja dan lakonan bukan hanya dialog. Soalan yang saya selalu dapat adalah bagaimana nak hafal dialog.

    Saya cukup pantang sebab lakonan bukan terletak pada dialog. Ia dari kepala sehingga kaki dan ia adalah rasa.

    Ogy berkata demikian ketika ditemui di sidang media pementasan Teater Di Sebalik Topeng yang berlangsung di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Ilmu lakonan

    Fauziah Ahmad DaudFauziah Ahmad Daud

    Dalam pada itu, Ogy berkata, lakonan bukan soal melontar dialog semata, tetapi banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperhalusi untuk memantapkan mutu lakonan.

    Bagus untuk menyimpan impian global, sebagai seorang kakak dan seniwati saya merasakan pelakon muda banyak sangat yang harus dipelajari.

    Bagaimana anda melafazkan dialog dan bagaimana anda mendalami watak serta melontarkan dialog.

    Ramai yang hanya melontarkan dialog dan tidak memasuki ke dalam watak itu dan melafazkan. Jadi banyak yang kena belajar dan selongkar. Kena tahu semua ‘what when how why’ itu.

    Minda berfikir, jiwanya merasa, pernafasan, pergerakan, bahasa tubuh, semuanya perlu diambil kira. Banyak kerja.

    Tambah Ogy, untuk meraih kejayaan di Oscar memerlukan pengalaman berpuluh tahun dan mengambil contoh bintang Hollywood seperti Leonardo DiCaprio dan Tan Sri Michelle Yeoh.

    Leonardo DiCaprio mengambil masa berpuluh tahun untuk merangkul anugerah Oscar pertamanya. Begitu juga Brad Pitt, Al Pacino dan pelakon kita, Michelle Yeoh.

    Mempunyai impian itu adalah bagus saya mengalu-alukan. Jika awak menyimpan impian itu, awak perlu buat sesuatu jangan hanya berkata-kata kosong.

    Mula cari ilmu di dalam bidang seni lakon ini, barulah awak akan menghargai kraf ini.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Tak Baik Tau Cakap Pasal Orang, Berdosa’ – Anak Zahirah MacWilson Pesan Berbuat Baik Kepada Semua Orang

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts