Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Bulan Asyraff memilih untuk berkahwin terlebih dahulu sebelum membina kerjaya.
Bulan cadang kahwin dulu
@abg.joee @Bulan Asyraff guys! Apa pendapat anda? Sila hadirkan diri anda diruangan komen! #joedoh ? original sound – Abg Joe
Menerusi video yang tular di TikTok, Bulan menyatakan pendapatnya itu ketika ditanya pempengaruh TikTok @abg.joe mengenai ‘kahwin dulu atau kerjaya?’.
Berdasarkan pengalaman diri, pemilik nama Muhamad Asyraff Mohd Zamani mencadangkan seseorang itu untuk berkahwin terlebih dahulu kerana dirinya percaya akan rezeki selepas mendirikan rumah tangga.
Kalau tanya saya, melalui pengalaman hidup yang saya dah lalui saya akan cadang kahwin dulu.
Saya dibesarkan dalam keadaan keluarga yang tak berapa senang dan saya percaya dengan rezeki Allah.
Tapi bila kita bercakap soal rezeki ini, kena datang dengan usahalah.
Jangan pula kita dekat atas katil dan cakap tengah tunggu rezeki pula, tak jadi apa tu guys.
Rezeki lepas kahwin lebih mantap
Tambah Bulan, rezeki selepas mendirikan rumah tangga lebih mewah berbanding kehidupan semasa bujang.
Tak ada masalah pun nak pilih yang mana tapi bagi pendapat saya tak salah untuk berkahwin dulu.
Sebab rezeki saya selepas kahwin lebih mantap daripada sebelum kahwin, Alhamdulillah syukur.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan Bulan bahawa seseorang itu perlu sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupannya dan keluarga.
Komen netizen