Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBulan Kesedaran Kanser Payudara: Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal...

    Bulan Kesedaran Kanser Payudara: Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi mereka yang terjejas oleh kanser payudara serta meraikan mereka yang berjaya melawan penyakit tersebut.

    Kalau kamu nak tahu, tak ramai wanita yang memilih untuk ambil tahu tentang tanda-tanda awal kanser payudara. Bukan apa, mereka bimbang jika semak, mungkin mereka sudah terkena penyakit itu.

    Apabila kamu rajin melakukan pemeriksaan berkala, ia boleh selamatkan kamu sekiranya terkena kanser payudara. Malah pada peringkat awal ini, biasanya lebih mudah untuk kita merawatnya.

    • Payudara kerap sakit dan berpanjangan 

    Psst… Kalau payudara kamu sakit ketika sedang hamil atau datang haid, ia adalah normal tau!

    Foto – Body Perfect
    • Kulit di payudara dan sekitarnya menjadi merah 

    Perhatikan kulit payudara kamu di kedua-dua belah bahagian. Lihat sama ada perbezaan, sama ada merah terang atau gelap. Selain daripada perubahan warna menjadi merah, perhatikan juga apabila kamu sentuh kulit tersebut, adakah ia terasa hangat atau bengkak. Jika ada maksudnya kamu mungkin berisiko terkena kanser.

    • Kulit payudara menjadi berkedut seperti ‘peau de orange’

    Foto – The St Kitts Nevis Observer

    Jika kamu masih lagi muda dan perasan kulit di payudara menjadi berkedut, ia berkemungkinan tanda kamu telah menghidapi kanser payudara. Biasanya keadaan kedut ini akan rasa sangat kasar dan hanya terjadi di beberapa bahagian saja.

    Kalau kamu periksa payudara di rumah dan ada tanda-tanda ini, cepat-cepat berjumpa dengan doktor okay?

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts