Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBulan Ramadan Bakal Menjelma, Sediakan & Siapkan Diri Kamu Dengan 5 Perkara...

    Bulan Ramadan Bakal Menjelma, Sediakan & Siapkan Diri Kamu Dengan 5 Perkara ‘Wajib’ Ini…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bila masuk sahaja bulan Ramadan, ramai yang teruja nak menyambut bulan suci ini. Selain dapat memberi perhatian pada ibadah, orang Islam juga dapat menahan hawa nafsu mereka.

    Kalau kamu nak tahu, ada yang sudah bersedia dengan menyiapkan diri mereka sebelum menyambut bulan Ramadan. Dan ada sesetengahnya tidak mempunyai waktu yang cukup atau tidak tahu apa yang perlu disediakan.

    1. Al-Quran 

    Bulan Ramadan merupakan waktu yang terbaik untuk menghayati dan khatam Al-Quran. Bulan selain Ramadan juga boleh lakukannya tetapi bulan Ramadan memberi peluang dan masa yang lebih dari cukup untuk mempelajari Al-Quran.

    Foto – Pinterest

    2. Rehat yang mencukupi 

    Sekiranya dapat rehat yang mencukupi, kamu dapat kurangkan tekanan serta dapat tingkatkan mood dan konsentrasi ketika berpuasa. Jangan pula tidur berlebihan ye, nanti bangun tidur makin rasa lemah.

    3. Kekalkan kesihatan & stamina 

    Fizikal yang ‘kuat’ amat diperlukan ketika bulan Ramadan kerana kamu perlu menahan diri daripada makan dan minum. Jadi dapatkan makanan yang berkhasiat.

    Foto – Pinterest

    Pada masa yang sama lakukan pelbagai jenis senaman ringan seperti yoga, pilates atau regangan untuk kekal cergas.

    4. Pastikan ambil makanan bernutrisi 

    Jika tidak membeli makanan di bazar Ramadan, sediakan makanan yang bernutrisi dan sihat untuk berbuka atau sahur. Perbanyakkan sayur-sayuran dan buah, terutamanya yang kaya dalam serat kerana ia bagus untuk sistem pencernaan.

    5. Ambil air secukupnya 

    Foto – Pinterest

    Jika kamu minum air bergula atau kafein seperti teh dan kopi terutamanya ketika sahur, jangan terkejut ye bila tengah hari sahaja badan menjadi lembik serta kehausan.

    Semoga bermanfaat!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts