Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBunga Isme Dah 7 Bulan Jadi Isteri Kepada Komposer & Penulis Lirik,...

    Bunga Isme Dah 7 Bulan Jadi Isteri Kepada Komposer & Penulis Lirik, Amzar Sabri?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, penyanyi Bunga Isme cuba untuk mengelak daripada mengulas mengenai status terkininya.

    Terbaru, Bunga dikhabarkan sudah sah bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri pada 14 Oktober 2023.

    Majlis secara tertutup?

    Menurut sumber, majlis pernikahan pasangan tersebut telah diadakan secara tertutup di sebuah villa di Kuang, Selangor.

    Menerusi kad jemputan yang diedarkan, Bunga turut menggariskan beberapa syarat untuk dipatuhi oleh para tetamu yang hadir.

    Antaranya mereka tidak dibenarkan merakam gambar atau video sepanjang majlis selain larangan memuat naik sebarang hantaran berkaitan pernikahan dalam laman sosial.

    Pernikahan yang berlangsung pada sebelah pagi itu disusuli dengan jamuan makan sambil menyaksikan pengantin mengenakan persalinan serba hitam.

    Tidak diketahui alasan merahsiakan berita gembira itu kepada peminat, sekitar Syawal lalu Amzar seakan-akan memberi bayangan bahawa mereka sudah berkahwin.

    Amzar kelihatan memuat naik gambar mesra berbaju raya sedondon biru dalam Instagram, selain Bunga melentok manja di bahunya. Di samping itu, kapsyen Amzar seolah-olah mengesahkan dirinya sudah bergelar seorang suami.

    Alhamdulillah, kerana doa keluarga dan sahabat, kami bersatu akhirnya.

    Perkongsian tersebut membuatkan rata-rata warganet tertanya-tanya mengenai status terkini mereka.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts