Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Buta Warna Bukan Kekurangan, Tetapi Kelebihan Buat Saya’ – Fiziwoo

    ‘Buta Warna Bukan Kekurangan, Tetapi Kelebihan Buat Saya’ – Fiziwoo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Lebih dari sedekad dalam dunia peragaan, pereka fesyen Fiziwoo mendedahkan dirinya berdepan masalah buta warna.

    Tak boleh nampak & beza warna lampu isyarat

    Menerusi temu bual bersama Fizi atau nama sebenarnya Hafizi Radzi Woo berkata, dia tidak mampu melihat warna pada lampu isyarat, malah gagal membezakan warna-warna pastel yang lain.

    Teruknya saya punya buta warna apabila lampu isyarat saya tak boleh nak nampak. Saya tak boleh nak bezakan hijau, merah dan kuning terutama pada waktu malam. Jadi apa saya buat hanya melalui naluri sebagai orang kreatif. Warna pastel memang saya gagal.

    Fizi yang ditemui selepas pertunjukan fesyen koleksi baharu Spring Summer bertemakan Night Butterfly di acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pada malam Jumaat lalu, turut mengakui bahawa dia sering hilang keyakinan diri apabila ada pelanggan jenamanya mengetahui dia seorang buta warna.

    Tambah Fizi, kekurangan yang dimiliki itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya sebaliknya menganggap ia satu kelebihan.

    Bila klien tahu saya buta warna dan mereka terkejut. Saya terus tiada keyakinan. Saya selalu simpan perkara ini. Tapi bila bertemu dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang baru saya sedar itu bukan kekurangan tetapi kelebihan buat saya.

    Di mana saya tengok warna itu dari mata saya yang tidak sama seperti orang lain. Apa yang dilihat rekaan sebelum ini atau di KLFW berdasarkan mata saya yang rasa itu adalah cantik.

    Berbicara lebih lanjut, Fizi meluahkan rasa syukur apabila cermin mata untuk membantu golongan buta warna sudah dihasilkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Katanya kali pertama dia dapat melihat pelbagai warna sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus membuatkan dia menangis akan keindahannya.

    10 tahun lepas masih belum ada pengeluaran cermin mata yang mampu bantu mereka buta warna. Tapi beberapa tahun ini sudah ada cermin mata untuk yang buta warna, sebelum PKP saya ke Bangsar dan terkejut ada cermin mata untuk orang buta warna.

    Ketika itu pertama kali saya cuba dan lihat warna sebenar. Saya menangis, rasa sangat beruntung mereka yang ada pancaindera yang lengkap. Saya cemburu.

    Saya harap saya bukan seorang yang buta warna tapi saya tak merungut. Saya anggap ini semua anugerah dari Tuhan dan buat saya lebih berdedikasi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Syamimia Beli Peti Ais SMEG ‘Ori’ Selepas Menabung Dua Tahun, Netizen ‘Lawan’ Teka Harga

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts