Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentButik Pakaian Memohon Maaf atas Kurangnya Sensitiviti dalam Memilih Marissa Dania &...

    Butik Pakaian Memohon Maaf atas Kurangnya Sensitiviti dalam Memilih Marissa Dania & Ahmad Aslam Sebagai Model

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Akibat mendapat kecaman yang teruk daripada wargamaya gara-gara menampilkan Marissa Dania dan Ahmad Aslam sebagai model pakaian, jenama pakaian muslimah iaitu Jelita Wardrobe tampil membuat permohonan maaf di Instagram (IG).

    Permohonan maaf

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Jelita Wardrobe (@jelitawardrobe)

    Menerusi hantaran tersebut, pihak Jelita Wardrobe membuat permohonan maaf di atas perbuatan mereka yang dianggap tidak sensitif dan tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak.

    Dalam pada itu, Jelita Wardrobe juga menjelaskan bahawa pihaknya berpegang teguh dengan etika dan telus dalam semua tindakan yang mereka lakukan.

    Jelita Wardrobe satu jenama yang berpegang teguh terhadap etika dan ketelusan dalam semua tindakan yang mementingkan keselesaan dan keharmonian kepada pelanggan kami.

    Kami sangat memandang serius dan mengambil tanggungjawab atas isu yang sedang tular.

    Kami dengan rendah diri dan seikhlas hati memohon maaf kepada pihak terlibat di atas tindakan yang telah menyinggung sensitiviti segelintir pihak.

    Kami mengambil isu ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran untuk masa hadapan.

    Dengan ini, kami sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon maaf di atas kesilapan dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

    Sementara itu, hasil tinjauan mendapati akaun TikTok rasmi jenama pakaian berkenaan sudah pun lenyap susulan kontroversi tersebut.

    Difahamkan, segelintir wargamaya bertindak ‘report’ hantaran video serta akaun TikTok rasmi mereka.

    Terdahulu, tindakan Jelita Wardrobe yang memuat naik video Marissa dan Aslam sebagai model pakai mereka telah menyebabkan mereka menerima kecaman hebat daripada wargamaya.

    Dalam masa yang sama, Jelita Wardrobe turut mengambil isteri pertama Aslam iaitu Umisya sebagai model tanpa memaklumkan mengenai pembabitan Marissa.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami, Tapi Wanita Berkerjaya Mahukan Perhatian..Itu Tak Boleh Dapat Dengan Duit’ – Madammu

    Rata-rata netizen juga menyifatkan mereka sebagai tiada empati selepas tergamak menggunakan krisis rumah tangga orang lain untuk kepentingan perniagaan mereka.

    Aplikasi X

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts