Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCabaran Menyamai Watak 'Mat Dat' – Pekin Ibrahim

    Cabaran Menyamai Watak ‘Mat Dat’ – Pekin Ibrahim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Pekin Ibrahim berkongsi pengalamannya melakonkan watak ‘Mat Dat’ di dalam filem ‘Janna Endoro’.

    Menerusi temu bual bersama , Pekin memberitahu filem ini sangat menarik apabila sudah siap sepenuhnya berbanding ketika mereka membaca skrip pada awalnya.

    Saya tahu watak ini ‘best’

    Menurut Pekin, dia berasa kagum melihat kerjasama yang diberikan oleh kesemua pelakon termasuk orang kampung dalam menghidupkan filem ini.

    Masa saya baca skrip, saya berasa agak goyang, berlubang-lubang, tapi bila dah siap sangat cantik ceritanya dan sangat padu. Saya sangat kagum dengan semua pelakon, kru terbabit dan orang kampung yang punyai bakat semula jadi berlakon. Mereka turut menghidupkan cerita ini.

    Trisha yang bawa watak utama sebagai Janna sangat bagus. Kalau ikutkan ini filem pertama dia waktu itu. Nampak dia ‘all out’ dan buat kerja rumah. Dia ada pesona dan karisma tersendiri. Boleh jadi pelapis pelakon wanita berkarakter untuk filem.

    Bercerita mengenai watak ‘Mat Dat’, Pekin memberitahu dia memegang watak sebagai seorang suami yang bermasalah.

    Memetik laporan Harian Metro, Pekin memberitahu Janna Endoro merupakan filem Kelantan yang kedua selepas dia menjayakan ‘Bunohan’.

    Kalau ikutkan watak ini susah sebab saya tak pernah lagi bawa watak begini. Selalunya saya bawa watak hero dan kalau jahat yang betul-betul jahat.

    Ini, nak kata jahat tak juga. Wataknya agak mencabar juga sebab ada masalah sosial. Bila watak yang bermain dengan masalah sosial memang susah. Jadi, pembawakan watak kena kemas. Bila baca skrip, saya tahu watak ini ‘best’ dan saya boleh bawakan.

    Sekadar info, filem yang menelan belanja RM1 juta itu menceritakan tentang seorang perempuan, Janna (Trisha Ooi) yang bangkit membela diri selepas anaknya dilarikan oleh samseng lantaran suaminya gemar berhutang.

    ALSO READ:  ‘Tiba-Tiba Penyakit Ustaz Kazim Serang Semula Ketika Penggambaran, Darah Keluar Daripada Kulit’

    Dalam filem tersebut juga, penonton dapat melihat watak seorang suami yang malas bekerja dan melakukan jenayah keganasan rumah tangga.

    Filem Janna Endoro ini sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 22 Februari yang lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts