Penyanyi berasal dari Indonesia, Cakra Khan telah mengotakan janji dengan kembali ke Kuala Lumpur bagi menyempurnakan konsert, Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dalam
memenuhi rangka Dream Festival Collaboration Vol. 4.
Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September 2023, Cakra akan memukau para penggemar dengan penampilan spektakular membawakan himpunan lagu popularnya. Konsert itu juga bakal membawa peminat menelusuri perjalanan kerjaya nyanyian Cakra selama lebih sedekad, bermula dengan single perdana, Harus Terpisah yang
pantas melonjakkan popularitinya di Indonesia dan Malaysia sejak 2012.
Janjikan Elemen Kejutan & Misteri?
Pengarah Projek Dream Festival, Rama Ananda Ambri atau mesra disapa Anda berkata, acara itu menjanjikan hiburan luar biasa menerusi persembahan istimewa Cakra
bersama penyanyi undangan khas dari Malaysia.
“Kemunculan Cakra bersama penyanyi undangan misteri itu bakal menghangatkan lagi siri Dream Festival Collaboration Vol. 4, sekali gus membawa penonton merentasi
magis perjalanan hiburan yang tidak terlupakan.“Sebagai penyanyi, Cakra dilihat sebagai sosok yang sangat berbakat dan memiliki karisma tersendiri setiap kali beraksi di pentas. Dikenali dengan kehebatan vokal dan
aksinya yang penuh energetik, kami yakin kemunculan terbaharu Cakra pasti memberikan kepuasan jitu kepada penggemarnya,” katanya.
Tambahnya lagi, profil seni Cakra yang pernah meraih pelbagai penghargaan, selain mengukir nama sebagai antara artis terbaik dalam industri hiburan Nusantara memberi
nilai tambah pada acara yang dibawakan Inspire IDN dengan kerjasama Laskar Entertainment itu.
Tiket menyaksikan Dream Festival Collaboration Vol. 4 – Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dijual pada harga RM178 (Kepada Hati), RM198 (Terlanjur Cinta), RM318 (Kekasih Bayangan), RM508 (Tanpa Batas Waktu) dan RM5,880 (Royal Box untuk lapan penonton) boleh diperoleh dengan melayari: www.ticket2u.com bermula 15 Julai 2023.
Credit: #ApaPlan – Murai MY