Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCakra Khan Pilih Nadeera Untuk Konsert, Sempat Bercakap Pasal Jodoh

    Cakra Khan Pilih Nadeera Untuk Konsert, Sempat Bercakap Pasal Jodoh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi Cakra Khan sehingga sekarang seakan-akan masih bersendirian tanpa teman istimewa walaupun kini semakin popular dalam industri muzik Indonesia.

    Cakra mengakui dia belum mempunyai teman wanita tetapi bahagia. Ketika ini Cakra memilih untuk fokus meneruskan kerjanya sebagai penyanyi.

    “Saya single dan bahagia!”- katanya kepada wartawan Malaysia ketika sidang media konsert, Cakra Khan Live in Kuala Lumpur sebentar tadi secara dalam talian.

    Cakra mengaku dia juga sering diajukan soalan mengenai jodoh, lebih-lebih lagi kini dia sudah menginjak usia 31 tahun.

    “Kalau pulang ke kampung kebiasaannya selalu ditanya pasal jodoh.”- jelasnya

    Tambahnya lagi, dia tidak ambil pusing jika ditanya berkaitan soal jodoh. Menurutnya soal jodoh ini sudah ditentukan oleh Tuhan dan dia hanya berserah kepada Allah.

    Bertanya mengenai kriteria wanita pilihan, ini jawapan Cakra;

    “Bagi saya, biarkanlah yang maha kuasa untuk memberikan kesemuanya, cukup itu sahaja.”- katanya dengan ringkas.

    Nadeera Berduet Dengan Cakra Khan Di Konsert

    Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September 2023, penyanyi yang memiliki karisma tersendiri itu akan memukau para penggemar dengan penampilan spektakular membawakan himpunan lagu popularnya. Cakra akan tampil berduet dengan dua artis undangan iaitu Riri Moeya dan Nadeera Zaini.

    Nadeera Gementar

    Kata Nadeera, dia berasa sangat bertuah kerana terpilih  diberi peluang untuk membuka konsert serta diberi kesempatan bergandingan dengan Cakra.

    “Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat, sebagai penyanyi baharu, kesempatan yang diberikan untuk berada di pentas Dreamfestworld amat Nad hargai. Nervous rasanya bila dapat peluang untuk membuka konsert serta diberi kesempatan bergandingan dengan Cakra han

    “Mana tidaknya , macam bulan jatuh ke riba, mimpi jadi nyata bila Nad dapat sepentas dengan artis Indonesia yang Nad sangat kagumi… Siapa je yang tak kenal dengan Cakra Khan, salah seorang penyanyi hebat Indonesia. Mahal tau suara serak basah tu Hehehe. Doakan Nad ya!”- ujarnya.

    Konsert itu juga bakal membawa peminat menelusuri perjalanan kerjaya nyanyian Cakra selama lebih sedekad, bermula dengan single perdana, Harus Terpisah yang pantas melonjakkan popularitinya di Indonesia dan Malaysia sejak 2012.

    ALSO READ:  Nora Danish Ulas ‘Posting’ Zarina Anjouline Tulis ‘I Miss U Boss Ned’ Di IG – ‘Luahan Rindu Seorang Sahabat, Mereka Sudah Lama Kawan’

    Pengarah Projek Dream Festival, Rama Ananda Ambri atau mesra disapa Anda berkata, acara itu menjanjikan hiburan luar biasa menerusi persembahan istimewa Cakra bersama penyanyi undangan khas dari Malaysia.

    Tambahnya lagi, profil seni Cakra yang pernah meraih pelbagai penghargaan, selain mengukir nama sebagai antara artis terbaik dalam industri hiburan Nusantara memberi nilai tambah pada acara yang dibawakan Inspire IDN dengan kerjasama Laskar Entertainment itu.

    “Bersama artis undangan yang masih dirahsiakan, kami yakin elemen kejutan itu bakal menambah daya tarikan acara, sekali gus memacu antusiasme penggemar muzik untuk memeriahkan konsert tersebut.

    “Dream Festival Collaboration Vol. 4 dirancang dengan begitu teliti untuk memastikan semua yang hadir terhibur. Kami komited untuk memberikan pengalaman konsert yang tidak terlupakan kepada semua penonton.

    “Acara ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan penaja rasmi seperti Sari Ratu Prima, Hotbox dan Chatime. Sokongan mereka memberikan sumbangan besar dalam memastikan acara ini sukses,” katanya.

    Tiket menyaksikan Dream Festival Collaboration Vol. 4 – Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dijual pada harga RM178 (Kepada Hati), RM198 (Terlanjur Cinta), RM318 (Kekasih Bayangan), RM508 (Tanpa Batas Waktu) dan RM5,880 (Royal Box untuk lapan penonton) boleh diperoleh dengan melayari: www.ticket2u.com bermula 15 Julai 2023.



    Credit: Musik – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts