Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCalon ABPBH 36 Bakal Gegarkan Karnival Jom Heboh Pulau Pinang, 27 Hingga...

    Calon ABPBH 36 Bakal Gegarkan Karnival Jom Heboh Pulau Pinang, 27 Hingga 29 September Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kembara siri jelajah Karnival Jom Heboh (KJH) masih diteruskan dan bakal berkampung selama tiga hari berturut-turut di Pulau Pinang!

    Pakat mai semua dan jangan dok lupa ajak adik-beradik, saudara-mara, jiran-jiran mai ke KJH Pulau Pinang yang akan diadakan di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan bermula 27 hingga 29 September 2024 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

    Bertemu calon ABPBH 36

    Bagi tahun 2024, KJH telah berkampung di 4 buah Negeri iaitu Sarawak, Putrajaya, Melaka, Terengganu dan seterusnya di Pulau Pinang. Karnival  anjuran Media Prima Berhad ini berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung di setiap lokasi malah telah dinobatkan sebagai ‘Acara Padang Paling Lama’ oleh The Malaysia Book Of Records (MBOR) atas penganjurannya yang berlangsung lebih daripada 20 tahun.

    Sejak daripada tahun 2003, KJH berjaya mendapat sambutan yang luar biasa dan penuh keseronokan di kalangan pengunjung yang hadir.

    Antara kemeriahan yang dapat pengunjung sertai dan menghangatkan lagi suasana di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan adalah aktiviti-aktiviti di Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, The New Straits Times Press (NSTP), Hot FM, dan juga VOCKET. Menarik pada lokasi kali ini, para pengunjung berpeluang untuk bertemu dengan calon-calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-36 (ABPBH 36).

    Berita baik bagi peminat-peminat drama! Anda turut berpeluang untuk beramah mesra bersama selebriti kegemaran anda di booth Studio Tonton Drama Sangat (STDS). STDS akan menampilkan barisan selebriti yang membintangi program-program popular di Tonton, TV3 dan TV9 dan antara selebriti yang akan hadir dan bakal menggegarkan lagi KJH Pulau Pinang kali ini adalah Riena Diana, Keith Foo, Aniq Durar, Raden Zaharatul, Apich Lo, Shiha Zikir, Puteri Khareeza, Nabila Razali, Bella Astillah, Chef Naem, Anas Ridzuan, Muaz Mohamed, Syamira Nazir, Anim Ezati dan Fedtri Yahya.

    ALSO READ:  Google Melancarkan Kempen Selama Sebulan Khusus Untuk Bulan Keselamatan Internet

    Banyak hadiah menarik

    Pengunjung cilik juga berpeluang untuk bergambar dan berinteraksi dengan maskot kesukaan mereka seperti Ejen Ali dan Ejen Alicia.

    Istimewa buat pemain-pemain esports yang berada di utara! Ini merupakan berita baik buat anda kerana Studio Tonton Drama Sangat membuka peluang khas kepada semua pengguna Tonton yang hadir untuk bermain FC25 di Playstation 5.

    Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman FC25, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli baharu dan langgan pelan Tonton bagi merebut peluang keemasan ini! Studio Tonton Drama Sangat juga turut menyediakan pertandingan-pertandingan lain seperti Tonton esports War Of Clans, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan karaoke bersama selebriti dan juga pertandingan Yaribba! Boria secara terbuka. Jadi jangan lepaskan peluang anda dan ayuh ramai-ramai serbu ke KJH Pulau Pinang hujung minggu ini!

    Lebih istimewa, Studio Tonton Drama Sangat menyediakan kejutan besar dengan menawarkan hadiah utama, Samsung Smart TV bersaiz 65” yang bernilai sehingga RM6,000 pada hari Sabtu dan Ahad! Untuk menyertai, peserta dan pengunjung hanya perlu mendaftar sebagai ahli baharu dan langgan pelan Tonton untuk merebut peluang dalam cabutan bertuah yang diadakan setiap hari.

    Ayuh sertai cabutan bertuah ini kerana anda mungkin pengunjung bertuah yang yang bakal membawa pulang hadiah utama ini! Rebut peluang anda kerana cabutan bertuah ini akan diadakan di setiap lokasi KJH akan datang bagi edisi jelajah 2024.

    Sempena malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-36 (ABPBH 36) yang bakal berlangsung pada 11 Oktober depan, ABPBH akan tampil dengan reruai mereka tersendiri bagi mengubat rindu peminat terhadap artis kesayangan mereka dimana mereka berpeluang untuk  beramah-mesra, bergambar dan melakukan aktiviti permainan bersama artis, di samping mendapatkan barangan eksklusif ABPBH.

    ALSO READ:  Kongsi Foto ‘Ultrasound’ Di TikTok, Kieda Crepe Bakal Timang Cahaya Mata Kembar Tiga?

    Bintang Idola BH

    Merancakkan lagi acara jelajah ini, satu kembara konvoi yang membawa sebahagian calon Top 20, dilepaskan bermula dari pejabat Berita Harian di Balai Berita Bangsar seawal jam 10.00 pagi pada hari Jumaat untuk menuju ke KJH Pulau Pinang dengan menaiki kenderaan Suzuki. Kembara konvoi ini mendapat kerjasama logistik dari pihak Naza Eastern Motors Sdn Bhd dan PERSADA PLUS yang bantu memantau dan melancarkan perjalanan kembara sepanjang lebuhraya Utara Selatan menuju ke Pulau Pinang.

    Pihak penganjur Berita Harian turut membuka ruang kepada pengunjung KJH untuk menampilkan bakat seni mereka dengan menyertai pertandingan nyanyian ‘Bintang Idola BH’ di reruai ABPBH 36.

    Pendaftaran bermula Jumaat, 27 September dan menjalani saringan pada hari Sabtu, 28 September manakala, pertandingan akhir akan dijalankan pada hari Ahad, 29 September.

    Antara penampilan selebriti yang bakal hadir adalah Didie Alias, Trisha Ooi, Fieya Julia, The Gadys, Ara Johari, Yassin (Senario), Saiful Apek (Senario), Shah Radhy, Sweet Qismina, Tika Nasir, Putera Muhammad, Khai Bahar, Hasif Upin, Haiza, Ernie Zakri, Nabila Razali, Bella Astillah dan Lan Pet Pet (Senario).

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,238FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts