Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Campak Bintang”! Karya Yang Menggabungkan Pop Terkini Dengan Warisan Budaya Melayu

    “Campak Bintang”! Karya Yang Menggabungkan Pop Terkini Dengan Warisan Budaya Melayu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebuah sejarah dilakarkan untuk industri muzik apabila dua ikon muzik Malaysia, Dato’ M.Nasir dan Faizal Tahir berduet dalam sebuah kolaborasi single terbaru mereka berjudul Campak Bintang terbitan Faithful Music Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd.

    Menyatukan Pop Dan Warisan Melayu

    Campak Bintang adalah sebuah karya menyatukan pop dengan warisan budaya melayu yang membuktikan sinergi antara rentak muzik moden dan irama tradisional.

    Dengan gabungan kreatif dari mereka yang tak tertandingi, mereka telah menyatukan irama dan sentuhan ikonik dalam sebuah lagu yang mencengkam hati dan merentasi generasi.

    Menurut Faizal, “Campak Bintang” adalah lagu yang mengisahkan pengorbanan melepaskan sesuatu yang kita cintai untuk mendapatkan sesuatu yang jauh lebih berharga.

    Malah Faizal Tahir menjelaskan pemilihan Dato’ M.Nasir kali ini adalah sesuatu yang besar dan keputusan ini tidak dilakukan sebarangan.

    Hasil Ciptaan Faizal Tahir

    via Faithful Music & Luncai Emas Sdn Bhd

    Single “Campak Bintang” nyanyian Dato’M.Nasir dan Faizal Tahir adalah hasil ciptaan Faizal Tahir sendiri bersama Romeo, Glowrush dan juga Karim Karam.

    Tentang langkah seterusnya, Faizal Tahir belum mempunyai sebarang perancangan, tetapi tidak menolak jika ada rezeki untuk berkolaborasi dengan M.Nasir sekali lagi atau penyanyi yang lain.

    Sebuah video klip bagi single ini telah dibuat penggambarannya pada 19 April yang lalu bertempat di Cine Studio.

    Single ini telah dilancarkan di semua saluran digital dan muzik videonya di saluran youtube Faizal Tahir pada 3 Mei lalu.

    Faithful Muzik dan Luncai Emas berharap single duet ini dapat diterima oleh semua peminat M.Nasir & Faizal Tahir khususnya serta para media dan juga masyarakat.

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts