Selebriti media sosial Caprice meminta orang ramai menghiraukan teguran yang dibuat usahawan Datuk Seri Vida yang memintanya berhenti membuka aib di media sosial.
Abaikan…
Tidak terkesan dengan teguran tersebut, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, sebaliknya menyindir usahawan tersebut berhubung isu Lavida coin.
Abaikan sahaja guys… Kirim salam LaVida coins jela dekat dia.
Caprice berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Caprice memberitahu, segala perkara dan topik yang diulas adalah atas permintaan orang ramai serta mangsa sendiri.
Siapa yang mengikuti saya dari dulu, korang mesti tahu kan 99% berita atau kes yang saya cover sebab ramai yang minta ataupun mangsa sendiri yang minta tolong. Cuma 1% konten sahaja yang cuba saya melawak.
Sebelum ini, Vida memuat naik sebuah video yang ditujukan khas kepada Caprice dengan menegur konten yang dihasilkan kebelakangan ini mendatangkan aib.