Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCaprice Menang Kes Injunksi Ebit Lew!-“Pihak Sana Kena Bayar…”

    Caprice Menang Kes Injunksi Ebit Lew!-“Pihak Sana Kena Bayar…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi rap, Caprice menitipkan rasa syukur apabila memperoleh kemenangan bagi kes injunksi interim yang melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew.

    Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa pihak terlibat turut mendapat perintah untuk membayar sejumlah wang kepadanya dan dia kini telah mendapat kebenaran untuk berkongsi sebarang berita mengenai Ebit Lew.

    “Alhamdulillah, hari ni kita menang di Mahkamah Tinggi untuk lawan injunksi interim kes lawan Ebit Lew.

    Pihak sana kena bayar kena bayar kami sejumlah wang dan kami sekali lagi dibenarkan untuk cover mana-mana berita mengenai Ebit Lew..”-kongsi Caprice di Instagram

    Dedah Sebab Berdiam Diri Di Media Sosial

    Tambahnya lagi, dia mendedahkan sebab secara tiba-tiba berdiam diri di media sosial adalah kerana pihak terlibat telah memperoleh injunksi interim bagi menghalang Caprice untuk menyebut atau berkongsi sebarang berita mengenai pendakwah bebas itu.

    “Ramai tanya kenapa Cap tiba-tiba lama senyap? Sebab pihak sana pasang injunksi interim agar saya tak dapat petik nama dia atau cover berita mengenainya.

    Tapi hari ni kita menang. Syukur Alhamdulillah.”-dedah Caprice lagi

    View this post on Instagram

    A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

    Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

    Kemenangan Caprice mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat ‘penunggang’ agama seharusnya dibanteras.

    “Alhamdulillah. Remember, this is not open any aib bila melibatkan kes jenayah. Allah bagi ujian, Allah bagi pembalasan. Allah juga bagi manusia sedar dan taubat dari kesilapan.”

    “Dulu saya pun penyokong EL ni tapi setelah banyak bukti. Saya fikir, jangan kita mudah tertipu dan terus tertipu. Agama Islam itu bukan ditegakkan dengan kopiah dan janggut semata.”

    “Dalam kes macam ni aku tak terkejut sebab memang banyak. Anyway, kudos to Caprice and other team for speak up!.”

    Lama sungguh kes ni tapi biarlah asal ada kebenaran. Baik kita sokong, tunggang kita banteras. Agama bukan untuk dipermainkan.”

    Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts