Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCaprice Pernah Bergantung Ubat Tidur, Kehidupan Berubah Selepas Ada Anak – ‘Saya...

    Caprice Pernah Bergantung Ubat Tidur, Kehidupan Berubah Selepas Ada Anak – ‘Saya Jumpa Keseimbangan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh dan penyanyi rap, Caprice mendedahkan kehidupannya banyak berubah selepas kelahiran anak lelakinya, Airiel Qashaf.

    Artikel berkaitan: ‘Saya & Isteri Memutuskan Untuk Berhenti Kongsi Foto & Video Anak Lelaki Kami’ – Caprice

    Artikel berkaitan: Isteri Caprice Tak Upah Pembantu Rumah, Lebih Selesa Jaga Anak Sendiri – ‘Walaupun Penat Tapi Puas Hati’

    Hilang semua masalah

    Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice berkata, dia seakan dapat melupakan masalah apabila pulang ke rumah dan meluangkan waktu bersama Airiel.

    MasyaAllah, Alhamdulillah. Rutin harian saya. Balik dari kerja, terus cari budak ni. Tak kisah betapa stress kehidupan ini, tak kisah betapa sibuk hari itu, tak kisah betapa banyak bil, gaji, overhead, kos yang kena selesaikan hujung bulan, dapat je bau si kecik ni… poof! Semua perkara dalam dunia ni hilang dan awak hanya fikir untuk luangkan masa bersama dia.

    Mengulas tentang isu ‘childfree’ yang tular di media sosial, Caprice akhirnya memahami maksud anak sebagai pembawa rezeki.

    Tengah kecoh di media sosial pasal trend nak kahwin tapi tak nak ada anak. Jujur guys, anak adalah rezeki.

    Sebelum ada anak, Cap sendiri selalu dengar benda ni. Selepas ada anak baru lah kita faham maksud dia.

    Memang betul. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, bukan sekadar wang ringgit.

    Dalam pada itu, Caprice turut mendedahkan dia terpaksa mengambil ubat tidur kerana sukar untuk tidur namun semua berubah selepas anak pertamanya lahir.

    Kehidupan sebelum ada anak sentiasa sibuk tak ada masa untuk rilek atau tenang. Dulu tidur pun bergantung dengan ubat tidur.

    Sejak ada anak, saya jumpa keseimbangan. Dia adalah semak dan imbang saya. Dia adalah ubat tidur saya. Dia adalah kitkat saya, untuk berehat.

    Untuk rekod, Caprice dan isteri, Farra Inalis mendirikan rumah tangga pada November 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Sakit Fizikal & Mental, Ada Artis Senior Dengki Dengan Aisha Retno? – ‘Saya Pernah Mengidolakan Mereka Sebelum Ni’

    Farra juga mempunyai seorang cahaya mata, Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts