Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCara Betul Potong Bawang Ikut Jenis Masakan, Barulah Rasa Sedap & Makan...

    Cara Betul Potong Bawang Ikut Jenis Masakan, Barulah Rasa Sedap & Makan Bertambah!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tidak kisah bawang putih atau bawang merah, potongan yang betul dapat menjadikan masakan yang dimasak itu menjadi lebih sedap dengan sendirinya.

    BAWANG MERAH 

    Foto – @H_Bakkaniy (X)
    1. Potong: Potong secara melintang, dapat menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
    2. Gegelung: Dipotong mengikut ketebalan yang dikehendaki, ianya sesuai untuk masakan kicap dan masak merah.
    3. Mayang: Hirisan halus melintang, sesuai untuk menumis atau bawang goreng.
    4. Belah: Potongan menegak untuk hasilkan potongan yang lain.
    5. Baji (wedges): Diguna sebagai hiasan dalam masakan seperti sup, kari hingga kebab.
    6. Hiris: Potongan nipis dan halus secara menegak yang berulang-ulang. Sesuai untuk tumisan, ulam-ulaman atau pencicah (budu, sambal dan sebagainya).
    7. Dadu: Sesuai untuk buat cucur cekodok, jemput bilis atau bawang.
    8. Dadu kecil atau cincang kasar: Sesuai untuk tumisan goreng-gorengan seperti nasi goreng, bihun dan mi goreng.
    9. Cincang: Sesuai untuk perapan dan tumisan.

    BAWANG PUTIH

    Foto – @H_Bakkaniy (X)
    1. Labu atau selabu: Dalam satu labu ada 1-15 ulas.
    2. Ulas (cloves): Bahagian daripada selabu.
    3. Ketuk: Ketuk bawang menggunakan lesung batu atau pisau. Sesuai untuk jenis semua masakan.
    4. Mayang: Potongan melintang yang sesuai untuk menumis atau hiasan.
    5. Hiris: Potongan lebih kurang mayang, tetapi dalam keadaan menegak. Sesuai untuk hiasan dan menumis juga.
    6. Racik kasar atau mancis: Sesuai untuk dibuat sebagai sos, masak stim atau kukus dan goreng.
    7. Racik halus: Lebih kurang dengan racik kasar. Tak banyak resepi boleh guna tapi boleh juga jika nak guna dalam masakan seperti racik kasar.
    8. Dadu: Sesuai untuk dibuat sos, tumisan dan nasi goreng.
    9. Cincang: Khas untuk dibuat sos dan tumis.

    Semoga bermanfaat!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts