Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCara Yang Sesuai Untuk Suntik Botoks Bagi Mereka Yang Takut Jarum –...

    Cara Yang Sesuai Untuk Suntik Botoks Bagi Mereka Yang Takut Jarum – Arash Mohamad

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Didakwa mengambil suntikan botoks untuk kelihatan awet muda, pelakon Arash Mohamad tampil menafikan dakwaan tersebut.

    Paling takut jarum

    Menerusi laporan Kosmo, Arash atau nama sebenarnya Azman Shah Ramlee, 55, berkata, dia tidak mungkin melakukan rawatan tersebut kerana sangat takut kepada jarum suntikan.

    Realitinya, saya manusia paling takut dengan jarum, jadi macam mana nak suntik botoks? Sebenarnya tiada apa-apa rawatan, cuma amalkan sentiasa senyum dan elak diri daripada berasa stres.

    Apabila umur sudah mencecah 40-an dahulu, saya mula jaga pemakanan dan kesihatan badan tetapi tidaklah terlalu bersungguh-sungguh sehingga perlu kira kalori dan berpuasa.

    Lagipun dahulu memang saya aktif berbasikal dan tidak mengambil sebarang makanan segera. Nasib baik sekarang musim boikot, memang saya tidak jejak langsung restoran berkaitan.

    Tambah Arash, dia bersyukur dan terima kasih kepada netizen kerana masih mengambil berat tentang penampilan dan kehadirannya dalam industri.

    Banyak dah saya dapat soalan sebegini tetapi saya tidak marah, bila fikir balik, orang tanya sebab mahu tahu.

    Saya patut berterima kasih dan syukur mereka masih ingat saya sebagai salah seorang anak seni meskipun usia tidak muda mana dah.

    Tapi betul, saya tidak lakukan apa-apa rawatan. Malah saya juga tiada sebarang penyakit teruk seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

    Tapi sakit-sakit sendi ke urat ke normal di usia saya ini, saya rasa semua orang akan melalui fasa sama jika umur semakin meningkat memang kena jaga mana yang perlu jaga.

    Berbicara lebih lanjut, pelakon ‘Layang Layang Perkahwinan’ ini memberitahu awet muda atau tidak itu hanyalah pandangan luaran, hakikatnya kesihatan dan cergas tubuh badan pada usia yang bakal mencecah garis 50-an adalah sangat penting.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Ada Jumpa Fatima, Cuma Keadaannya Tak Sama’ – Fattah Amin

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts