Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCari Rezeki Di TikTok Shop – 6 Pencipta Kandungan Ini Menjadi...

    Cari Rezeki Di TikTok Shop – 6 Pencipta Kandungan Ini Menjadi Inspirasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    TikTok bukanlah satu laman media sosial yang asing lagi, bahkan dah jadi satu platform dimana ramai orang berjaya mencipta kandungan tersendiri dan mencari rezeki melalui TikTok Shop.

    TikTok Shop kini mempunyai lebih sejuta penjual yang 98% daripadanya terdiri dikalangan perniaga mikro (seperti SME dan MSME) dan mempunyai seramai 1.7 juta affiliate creators.

    Jom kami kongsikan antara pempengaruh yang dah berjaya bina nama sendiri bahkan tercalon menjadi TikTok Shop Creator of The Year dalam TikTok Awards tahun ini!

    Enam pencipta kandungan TikTok pilihan kami

    Pinn Yang | @yang

    Siapa tak kenal Pinn Yang? Semua orang pernah simpan hasrat nak ‘terserempak’ dengan Pinn Yang kan? Sebab nak hadiah percuma xD..

    Selain mengetengahkan content random giveaway kepada orang ramai, Pinn Yang juga aktif menjana pendapatan melalui TikTok, beliau pernah mencatat hasil penjualan sehingga 235 order untuk Habib 1 Dinar 4.25gm. 

    Beliau juga antara Top 3 achiever untuk kempen Ramadan Raya Campaign dan Super Creator.

     Dearcarynn | @dearcarynn

    Bermula dengan satu telefon pintar dan satu ring light, Carynn rajin untuk cipta kandungan tersendiri. Beliau kemudian mengatur langkah dengan memilih produk yang bersesuaian buat dipasarkan dan mengadakan live secara konsisten bagi meningkatkan jualan harian.
    Pada Januari tahun ini, Carynn telah berjaya mencatat 214%  pencapaian untuk kesemua kempen beliau.

    Tiffany | @moncherilive

    Sebelum mulakan perniagaan di TikTok Shop, Tiffany lalui pelbagai pengalaman untuk mulakan perniagaan sendiri sehingga mengalami kerugian teruk.

    Bagaimanapun, hasil kerja keras dan pemilihan platform yang betul telah membolehkan beliau meraih jualan tinggi dalam tempoh terpanjang sehingga 24 jam tanpa henti. Power!

    Beliau juga pernah meraih Top 2 untuk kempen Ramadan dan Raya.

    ALSO READ:  Bimbang Kena Kritik, Aishwarya Rai Dedah Tolak Tawaran Berlakon Dalam ‘Kuch Kuch Hota Hai’

    Almiyaz | @almiyaz.my

    Nak beli barang eletrik malalui TikTok Shop?? Terus je ke akaun @almiyaz.my! Macam-macam perkakas elektrik tersedia dengan harga yang sangat berpatutan.

    Almiyaz ini memang sangat rajin tau, hampir setiap hari beliau akan update kandungan baru dengan pelbagai jenis barangan jualan di samping sesi live untuk menjana pendapatan, beliau pernah live sehingga 72 jam dan mencatat jualan sehingga 7758 hanya untuk tisu paket.

    Haa.. Walaupun hanya tisu tapi kalau korang gigih dan rajin mesti boleh jual punya!

    Almiyaz juga berjaya menyempurnakan 163% kempen sehingga Oktober 2023 melayakkan beliau sebagai Super Creator. 

    Peemonday | @peemondayz

    Kalau korang suka shopping baju dan seluar di TikTok korang mesti kenal @peemondayz, macam-macam jenis pakaian daripada baju harian sampailah pakaian sukan semuanya tersedia untuk pembelian!

    Untuk pengetahuan korang, Peemonday dah berjaya jual sebanyak 56,001 helai baju tee kapas melalui TikTop Shop, beliau juga berhasil menyempurnakan 96% kempen sehingga Oktober 2023 menjadikan beliau Super Creator. 

    NL Alchemist | @nl.alchemist

    Siapa yang masih tak faham tentang hal skincare? Jangan risau @nl.alchemist boleh tolong! Macam-macam perkara mengenai kulit dan skincare dah beliau terangkan untuk membantu korang pilih produk yang tepat dan bersesuaian.

    Sesi live di @nl.alchemist ini memang power, boleh dikatakan hampir setiap masa live. Admin sendiri memang kagum dengan dedikasi yang beliau tunjukkan untuk jadi pencipta kandungan.

    Hasilnya, beliau dapat menjana pendapatan lumayan hasil penjualan skincare. Antara yang paling popular adalah Minimalist 6% Oat Extract Gentle Cleanser yang sesuai untuk kulit sensitif.

    Selain itu, beliau telah melengkapkan 203% kempen sehingga June 2024 sebagai Super Creator!

    Haa.. Daripada keenam-enam pencipta kandungan ini yang mana kegemaran korang? Jangan lupa, untuk undi pencipta kandungan kegemaran korang di SINI tau!

    ALSO READ:  “Mudanya Sekarang” – Brad Pitt Buat Muka, Hasil Pembedahan Facelift

    Antara nama lain yang turun tercalon untuk TikTok Awards adalah Hairul Azreen, Amsyar Lee, Meerqeen, Ryan Bakery, Sofyank dan ramai lagi!

    Korang pun boleh jadi pencipta kandungan!

    Korang berhasrat nak meniaga melalui TikTok Shop juga? Inilah masa yang paling tepat untuk korang bermula! Siapa tahu tahun depan nama korang pula yang tercalon dalam TikTok Shop Creator of The Year!

    Kami faham kalau korang rasa takut nak mula, yelah mula-mula meniaga ini memang tak mudah. Tapi, korang kena yakin bahawa usaha adalah tangga kejayaan.

    Tambahan lagi, bukan semua orang mempunyai pengetahuan untuk memulakan perniagaan dalam talian, tetapi yakinlah bahawa TikTok Shop mempunyai banyak alat dan sumber pendidikan untuk membantu penjual dalam perjalanan mereka.

    Siapa tahu korang mampu mencipta rekod jualan sehingga satu juta ringgit, seperti Khairul Aming? Semua ini boleh dibuat di rumah sahaja, apa yang penting adalah kena rajin dan jangan mudah berputus asa.

    Jom, realisasikan impianmu dengan mendaftarkan diri untuk memulakan perniagaan di TikTok Shop melalui pautan di SINI.

    Tonton TikTok Awards di TV3

    Saksikan TikTok Awards Malaysia 2024 pada hari Ahad, 11 Ogos 2024 nanti pada jam 9:00 malam secara langsung di TV3 dan menerusi TikTok.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts