Pelakon Catriona Ross berpendapat untuk tidak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumah untuk menguruskan keluarga.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kantoi Sembunyi Bawah Selimut! Dr Say Belajar Jangan Mudah Percayakan Sesiapa & Jangan Bagi Muka Pada ‘Helper’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Dr Say Bengang! Dua ‘Maid’ Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah – ‘Saya & Bini Ada Dekat Atas’
Jangan beri kepercayaan
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Catriona mengulas tentang kejadian dua orang pembantu rumah doktor selebriti, Dr Say yang membawa masuk dua orang lelaki ke dalam rumahnya.
Menurutnya, dia juga mempunyai pengalaman buruk dengan pembantu rumah meskipun sudah berbuat baik kepada mereka.
Saya setuju. Tak sepatutnya kita memberi kepercayaan kepada pembantu rumah atau tukang cuci.
Daripada pengalaman saya sendiri pun tak kisah betapa baik kita melayani mereka, ia tidak menjamin awak akan dihormati pun.
Dalam pada itu, Catriona tidak dapat menggambarkan sekiranya perkara itu terjadi kepadanya.
Tapi pengalaman Dr Say ni adalah sesuatu yang di luar kawalan saya. Alhamdulillah keluarganya selamat.
Terdahulu, Dr Say mendedahkan dua orang pembantu rumahnya warga Indonesia dan Filipina kantoi membawa masuk dua orang lelaki dipercayai warga Bangladesh ke dalam rumah.
Ketika kejadian, mereka ditangkap tidak berbaju dan berselindung dalam selimut sementara anak ketiganya diletakkan di kerusi buai di atas lantai antara kedua-dua katil.
Disebabkan kejadian tersebut, Dr Say berpesan kepada orang ramai untuk tidak mudah percayakan sesiapa dan berhati-hati menggunakan khidmat pembantu rumah.