Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityAina Abdul ‘Sound’ Portal Terkenal Isu Kos Busana Mega Di ABPBH35?-“Minta Jangan...

    Aina Abdul ‘Sound’ Portal Terkenal Isu Kos Busana Mega Di ABPBH35?-“Minta Jangan Sebarkan Fitnah…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Aina Abdul masih lagi menjadi bualan ramai sehingga kini selepas tampil dengan saiz busana mega berbentuk blazer gergasi sehingga terpaksa menyewa lori lutsinar untuk membawa busananya itu ketika di acara karpet merah Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35, jumaat lalu.

    “Minta Jangan Sebarkan Fitnah..”

    Walaubagaimanapun, Aina menerusi hantaran di Insta Stories tampil bersuara terhadap sebuah portal berita terkenal yang dikatakan telah mendedahkan info yang tidak benar mengenai kos busana berbentuk blazer rekaan Behati itu.

    “Aina tak pernah mention the exact amount untuk kos perbelanjaan. Never in my career, Aina akan reveal cost. Minta jangan sebarkan fitnah.

    Seperti yang Aina cakap kepada pihak media, Aina belum dapat invoive, anggaran selepas dengar ura-ura dari team management ‘mungkin’ puluh ribu.”-jelas Aina

    Hormati Pihak Media

    Mengakui dirinya yang menghormati pihak media yang telah menjadi tulang belakang kepada kariernya, Aina menyatakan bahawa headline yang diberikan oleh portal berkenaan bakal mengundang fitnah.

    “Aina sentiasa hormat kepada pihak media kerana mereka juga adalah tulang belakang karier Aina. Tetapi tajuk macam ni akan mengundang fitnah.”-tulis Aina

    Mewakili Seni Yang Lebih Besar Dari Tubuh Badan

    Dalam pada itu, pereka busana Aina iaitu Kel Wen dari Behati menerusi hantaran di Instagram, berkongsi busana yang direka itu mewakili seni yang dibawa lebih besar dari tubuh badan manusia.

    Apapun, busana Aina memang berjaya mencuri perhatian ramai di acara karpet merah ABPBH. Apa komen anda dengan busana Aina?.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts