Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa meluahkan rasa teruja apabila dapat berguru dengan MUA Thailand, Babarabeer yang pernah menjadi bualan ramai selepas menata rias pelakon, Janna Nick di hari pernikahannya, Jun lalu.
Berguru Dengan Babarabeer
Sering dikecam disebabkan gaya solekannya yang didakwa tebal dan menyebabkan wajah individu yang disolek kelihatan tidak berseri, Alha Alfa menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan dirinya yang sedang menimba ilmu dengan Babarabeer.
“Ramai kecam cakap mekap saya tebal, tak berseri, tak sesuai dengan orang Malaysia dan lain-lain. Tapi saya takkan mudah patah semangat, kita berguru dengan cikgu dari Thailand ni terus walaupun habis berpuluh ribu ringgit, demi rakyat Malaysia saya tempuh.
Kata-kata orang tak pernah buat saya down! Saya akan buktikan saya mampu. Jadilah manusia yang tak mudah patah semangat ketika ada orang cuba menarik kita kebawah. Teruskan mencari ilmu, doa usaha InsyaAllah anda akan berjaya.”-kongsi Alha Alfa
@alhaalfaofficial Replying to @Bunga matahari siapa nak jd next model? 🥰🫶🏻 tag kawan korg jugak yg cantik2 ok! 👇🏻👇🏻
Peminat Teruja!
Perkongsian Alha Alfa telah mencetuskan rasa teruja peminat yang tetap merendah diri untuk berguru dengan orang lain, malah ramai yang memuji hasil sentuhan Alha Alfa yang sangat cantik.
“Mekap Babarabeer memang like sangat sebab nampak natural ke. Tapi yang ini waahh. Cantik sangat-sangat dan luv sangat-sangat.”
“Dato dah la mahaguru dah. Pastu masih belajar eh, patutlah berjaya. Sebab sentiasa menimba ilmu.”
“Bagus sangat Dato AA. Langsung tak sombong untuk timba ilmu lagi. Sesetengah MUA, baru kondem sikit dia melenting itu ini.”
Apa komen anda?
Credit: Selebriti – Murai MY