Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity“Alhamdulillah Atas Kurniaan Mu Ya Allah”- Pertunangan Lucinta Luna Undang Kecaman, Netizen...

    “Alhamdulillah Atas Kurniaan Mu Ya Allah”- Pertunangan Lucinta Luna Undang Kecaman, Netizen Mohon Bertaubat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lucinta Luna adalah figura yang sering menjadi kontroversi di mata segelintir masyarakat kerana sering berbangga dengan identitinya sebagai seorang transgender.

    Gembira Dengan Identiti Sendiri

    Semenjak akhir-akhir ini, nampaknya Lucinta Luna kini lebih gembira dengan identitinya.

    Di Instagram miliknya, Lucinta Luna sering menunjukkan kepada umum detik-detik bahagia bersama kekasih lelakinya.

    Hubungan bersama kekasihnya yang bernama Arten Boltian alias Alan dilihat semakin menjadi-jadi dan berlanjutan hingga mereka melakukan pertunangan yang dijalankan hari Jumaat lepas.

    Suasana Ala Perkahwinan

    via Instagram Lucinta Luna

    Walaupun hanyalah majlis pertunangan, Lucinta Luna dan Alan melakukan majlis tersebut dengan suasana ala perkahwinan.

    Hal ini dapat dilihat daripada gaya pemakaian Lucinta Luna dan Alan. Lucinta dilihat memakai gaun pengantin, manakala Alan memakai tuxedo dengan tali leher.

    Di akaun Instagram Stories Lucinta, dia menunjukkan beberapa video dan gambar yang menunjukkan saat pertunangan yang berlangsung di Bali.

    Lahir Rasa Syukur

    via Instagram Lucinta Luna

    Dalam satu video, Lucinta Luna melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada tetamu jemputan yang hadir ke majlis mereka.

    Alhamdulillah atas kurniaanMu Ya Allah, pertunangan kami berjalan lancar dan kami bakal menjadi suami isteri dan ribuan terima kasih kepada tetamu jemputan yang dapat hadir ke majlis pertunangan kami.

    Dalam pada itu, menerusi ruangan komen di media sosial ramai warganet mempersoalkan bagaimana majlis membabitkan hubungan sejenis dibenarkan.

    Ramai juga yang menyindir pasangan itu dan menegur Lucinta kerana menggunakan nama Allah dan berpesan agar dia segera bertaubat.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts