Satu perkongsian daripada produser terkenal, Datuk A Aida mengenai majlis perkahwinan anaknya mendapat perhatian ramai.
A Aida Menitiskan Air Mata
Dalam video tersebut, kelihatan Datuk A Aida berjuraian air mata tatkala memberikan ucapan melepaskan puteri sulung kesayangannya, Wan Az Aleesa Wan Aminuddin pada usia 27 tahun.
Aleesa saksi setiap duka nestapa dan senyum bahagia Mama. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar makna, kita hadapi bersama selama 27 tahun ini.
A Aida dalam ucapannya berkata Aleesa adalah bukti kehidupannya dalam setiap susah dan senang.
Anak perempuanya itu selamat dinikahkan dengan seorang juruterbang, Zain Azrai Abdul Aziz yang juga berumur 27 tahun.
Bekas Suami Turut Hadir
Lebih bermakna lagi apabila dalam perkongsian tersebut dilihat bekas suaminya yang juga penyanyi Ameng Spring turut hadir dalam majlis tersebut.
Ameng menikahkan sendiri Wan Az Aleesa dengan disaksikan Penolong Pendaftaran dan Imam Genting Highlands, Fawwaz Zarin Che Lah.
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di pusat peranginan, Kasturi D’Manggis.
Terdapat Simbolik Melepaskan Burung
Pada majlis itu, Wan Az Aleesa menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 dan seutas gelang emas dengan lima hantaran dulang berbalas tujuh.
Menariknya, terdapat upacara simbolik pelepasan burung merpati dilakukan sejurus selesai majlis akad nikah.
Pasangan mempelai turut diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan pada lokasi sama pada sebelah petang.
Credit: Selebriti – Murai MY