Akaun Facebook (FB) rasmi ratu rock Malaysia, Ella menjadi mangsa apabila digodam dan platform itu digunakan untuk memuat naik gambar serta video tidak senonoh.
“Saya ingin memaklumkan akaun Facebook rasmi saya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada 27 Julai sekitar jam 6 petang.
“Pihak pengurusan dalam usaha melapor perkara ini kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan akan menyerahkan makluman kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, pengurus Ella ketika dihubungi memaklumkan laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh, Selangor dan SKMM untuk tindakan selanjutnya.
“Pihak kami sudah membuat laporan polis semalam sebaik saja perkara ini berlaku dan selanjutnya diserahkan kepada pihak berwajib untuk menjalankan tugas.
“Saya berharap akaun terbabit boleh dapat semula, jika tidak padamkan terus sekiranya menjadi ruang menyebarkan yang tidak baik.
Credit: Selebriti – Murai MY