Pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir baru-baru ini telah mengumumkan khabar gembira bakal menimang cahaya mata kedua, hujun tahun ini dalam sidang media drama terbaharu Ayda, Bukan Cinta Sempurna.
Beri Kejutan Di Pagi Syawal
Terkini, Ayda Jebat menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik video dirinya yang memberi kejutan kepada suami serta ahli keluarga mengenai kehamilannya pada pagi Aidilfitri, April lalu.
“Muka Nabil Mahir macam ‘eh bila pulak ni?!’ 😅🤣. Alhamdulillah dengan kerjasama kami bersama dan izin Allah, hampir 5 bulan hamil! (video diambil di pagi Syawal pertama) suprise gaye 😍🤪.
Minta semua doakan Ayda dan kandungan sentiasa sihat. Terima kasih & sayang semua!.”-kongsi Ayda di Instagram
Reaksi Nabil Buat Netizen Terhibur!
Dihujani dengan ucapan tahniah serta doa peminat dan rakan selebriti, reaksi ‘terkejut’ Nabil ketika mendapat kejutan oleh Ayda mengenai kehamilan kedua turut mencetuskan rasa terhibur di kalangan netizen di media sosial.
Sekadar info, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla.
Credit: Selebriti – Murai MY