Penyanyi dangdut, Baby Shima baru-baru ini memfailkan saman terhadap pendakwah bebas, PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abdul Rahman Mat Noor berhubung ucapan kata-kata fitnah.
Menerusi hantaran di Instagram, Baby Shima dilihat memuatnaik writ saman dan pernyataan tuntutan dikemukakan olehnya menerusi peguam, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.
“Saya dinasihatkan untuk tidak mengulas lanjut berkaitan dengan dua tindakan saman yang difailkan kerana masih di peringkat awal. Cukup sekadar kenyataan media yang disediakan. Sekian terima kasih.”-kapsyen Baby Shima di Instagram
“Ramai Kawan Shima Yang Bergelar Ustaz & Ustazah..”
Dalam pada itu, Baby Shima turut memuatnaik Insta Stories, menitipkan rasa syukur mempunyai ramai rakan yang bergelar ustaz dan ustazah yang tidak suka memfitnah orang lain.
“Alhamdulillah ramai kawan Shima yang bergelar Ustaz dan Ustazah. Tapi mereka tak suka fitnah orang.
Alhamdulillah, Shima pun senang berkawan dengan mereka, yang mempunyai hati yang bersih.
Nasihat dan FITNAH dua perkara yang berbeza.”-tulis Baby Shima
Tuntutan saman berkenaan didakwa dibuat selepas Ketua Pemuda PAS Kuantan, pernah mendakwa Baby Shima ‘menjual agama’ selepas mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.
Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed pula didakwa selepas memfitnah dan menuduh penyanyi dangdut ini tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.
Credit: Selebriti – Murai MY