Umum mengetahui, penyanyi dangdut, Baby Shima telah memfailkan saman terhadap pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abdul Rahman Mat Noor berhubung ucapan kata-kata fitnah.
Baby Shima ‘Dikafirkan’ Netizen?
Seolah-olah tidak mengambil pengajaran, kini timbul pula individu lain yang tampil memuatnaik posting di Facebook dengan menggelar Baby Shima sebagai kafir.
“Baby Shima kali ni memang melebih dan melampau. Selama ni orang tegur tak nak dengar. Memang dah kafir dan hanya neraka tempat selayaknya.”-tulis seorang indivdu di Facebook
Menanti Nasihat Pihak Peguam
Menurut Baby Shima, dia menitipkan harapan agar tidak mengambil tindakan terhadap individu berkenaan dan menanti nasihat oleh pihak peguamnya.
“Posting seperti ini adalah contoh cara dakwah yang sangat baik dengan mengkafirkan saya.
Semoga saya dilembutkan hati untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu bernama Abdullah Munawwier atau Abdullah Mujahir ini. Bimbang juga nanti dikatakan saya melawan orang ‘BERDAKWAH’. Saya tunggu nasihat peguam!.”-kapsyen Baby Shima di Instagram
Pada 12 Julai lalu, Baby Shima telah memfailkan saman terhadap PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan berhubung ucapan kata-kata fitnah.
Abd Rahman mendakwa Baby Shima hanya menjual agama kerana mengenakan tudung mengikut majlis tertentu selepas mengenakan hijab sewaktu membuat persembahan bagi meraikan Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang, pada 18 Februari lalu.
Manakala, PU Syed pula didakwa telah memfitnah penyanyi dan pelakon itu tidak mengetahui soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.
Credit: Selebriti – Murai MY