Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima baru-baru ini telah pengumuman yang mengejutkan peminat apabila dirinya akan bertanding sebagai calon bebas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini.
Mahu Bela Nasib Rakyat
Pengumuman itu diumum sendiri oleh Baby Shima menerusi hantaran di Instagram yang berkongsi hasratnya yang mahu berkhidmat dan membela nasib rakyat.
“Assalamualaikum rakyat Malaysia, dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.
Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi Saya..”-kata Baby Shima
“Nak Turun Kempen Ni Shima Punya Pasal”
Biarpun Baby Shima masih belum mengumumkan kawasan dan manifestonya, rata-rata netizen di ruangan komen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai yang sudah meluahkan rasa tidak sabar untuk mengundi penyanyi dangdut ini yang bakal bertanding sebagai calon bebas tidak lama lagi.
Sekadar info, selain Baby Shima, selebriti lain seperti Azwan Haji Ali, Datuk Aishah, Herman Tino, Datuk Dira Abu Zahar, Datuk Seri Eizlan Yusof, Ahmad Idham, serta Lando Zawawi pernah tampil sebagao calon bebas pilihan raya sebelum ini.
Credit: Selebriti – Murai MY