Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityBaju Ala Gergasi, Peminat Tergamam Lihat Aina Abdul “All Out” Berfesyen Sehingga...

    Baju Ala Gergasi, Peminat Tergamam Lihat Aina Abdul “All Out” Berfesyen Sehingga Kena Naik Lori

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul sememangnya terkenal dengan gelaran “Ratu Fesyen Pelik”. Mana tidaknya, semua pakaian yang digayakannya memang sangat pelik, unik dan lain daripada yang lain.

    Calon kategori Penyanyi Wanita Popular dan Lagu Paling Boom Popular, Aina Abdul mencuri tumpuan ramai di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 dengan menaiki lori lutsinar.

    Menjadi antara ‘wajah’ wajib mengisi segmen persembahan pada majlis besar, termasuk acara anugerah berprestij, Aina Abdul melihat tawaran penganjur sebagai penghargaan terhadap sumbangannya dalam dunia seni.

    Menolak prasangka negatif seperti tamak atau diundang atas dasar pilih kasih, Aina sebaliknya menggunakan peluang keemasan beraksi pada acara besar untuk menimba pengalaman demi meningkatkan kecemerlangan portfolio seni.

    “Saya sangat berbesar hati menjadi pilihan penganjur untuk membuat persembahan.

    “Bagaimanapun, setiap tawaran datang dengan tanggungjawab untuk saya beri yang terbaik demi menghiburkan penonton.

    “Selagi orang masih suka dan mahukan kita, gunakanlah kesempatan itu untuk kita rebut apa sahaja peluang yang terbentang depan mata.

    Sehubungan itu, Aina yang mula meledak dengan lagu Sumpah, rela mengorbankan kepentingan diri demi peluang dan pengiktirafan diberi kepadanya itu.

    “Demi peluang dan pengiktirafan yang saya sifatkan cukup berharga ini, saya sanggup lakukannya meskipun tidak cukup rehat dengan makan minum tidak teratur.

    “Saya tetap datang sebagai Aina Abdul, tanpa mengira sama ada ‘show’ berskala besar atau kecil. Saya kena penuhi kehendak penganjur,” katanya ditemui pada majlis pengumuman prakemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 di The Agam, Jalan Sungai Penchala, di ibu negara baru-baru ini.

    Pada majlis itu, Aina diumum antara artis yang bakal membuat persembahan pada malam kemuncak ABPBH 35 yang akan disiarkan secara langsung TV3 dan strim ‘live’ Tonton dari Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam ini.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Hisyam Hamid Ratah Cili Raih Perhatian Ramai!-“Dia Makan Cili Bila Tengah Marah?”



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts