Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityBerkemban Dan Berlakon Peluk Lelaki Hanya Tuntutan Watak, Uqasha Bertegas Ia Tak...

    Berkemban Dan Berlakon Peluk Lelaki Hanya Tuntutan Watak, Uqasha Bertegas Ia Tak Sepatutnya Jadi Kayu Pengukur

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cabaran sebagai pelakon datang dalam pelbagai bentuk.

    Bukan saja untuk menjiwai sesuatu watak yang dipegang, tetapi persiapan sebelum penggambaran bermula juga amat mencabar bagi memenuhi kriteria sesebuah watak.

    Sebagai contoh tampil berkemban dan memeluk lelaki lain dalam filem seram Sumpahan Jerunai, pelakon popular Uqasha Senrose bertegas aksi berani sedemikian hanya tuntutan tugas sebagai pelakon, bukan sesuatu yang perlu dijadikan kayu ukur tentang dirinya.

    Kata isteri kepada aktor Kamal Adli itu, babak ‘daring’ bersama pelakon Amerul Affendi itu juga dilakonkan ketika belum berstatus isteri orang, empat tahun lalu.

    Tegasnya lagi, perkara berkenaan tidak seharusnya menjadi isu memandang kedua-dua adegan tersebut penting bagi menghidupkan jalan cerita karya mistik arahan Jason Chong tersebut.

    “Dua babak ini memang keperluan skrip yang mencantikkan perjalanan kisah, watak, plot dan skrip, namun ada beberapa adegan berkaitan dipotong.

    “Lagi pun ketika itu saya belum mendirikan rumah tangga dan masih dalam fasa berkawan dengan Kamal, jadi memang tidak terikat dengan sesiapa.

    “Saya pula pantang dicabar yang membuatkan saya menyahut cabaran termasuk melakukan aksi merbahaya, bukan hanya babak ‘daring’,” katanya.

    Menerusi karya yang bakal menemui penonton pada 27 Julai ini, Uqasha membawa watak pegawai pemeliharaan warisan bernama Bee yang turut berminat menyelongkar misteri di sebalik kewujudan tiang jerunai yang menjadi monumen penting masyarakat  Melanau di Sarawak.

    Akui Uqasha juga, sejak awal lagi dia menyedari babak tersebut bakal mengundang kontroversi andai dinilai menilai tanpa menonton keseluruhan cerita.

    Malah kata pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, apabila telah mendirikan rumah tangga, dia mengariskan had tertentu berhubung watak mahu pun adegan yang bakal digalas dalam sesebuah naskah.

    ALSO READ:  [VIDEO] Tya Adnan Beli Kelengkapan Jenazah, Netizen Sebak!-“Menitis Air Mata…”

    Antara adegan lasak yang tidak boleh dilupakannya adalah berenang di dalam sungai yang menjadi tempat bahan buangan sampah serta takungan air najis kampung tempat penggambaran dilakukan.

    “Jadi memang kena tonton filem ini kerana babak mengejutkan dan aksi tidak dijangka berturut-turut muncul membuatkan jantung berdegup kencang,” tambahnya.

    Menjalani penggambaran di sekitar Mukah dan Kuching, Sarawak, filem terbitan Produksi Seni Duapuluh Duapuluh tersebut turut membariskan Bront Palarea, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan Ruminah Sidek.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts