Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity“Berkerja Dengan Salman Khan Adalah Perkara Yang Menakutkan”-Kata Zareen Khan

    “Berkerja Dengan Salman Khan Adalah Perkara Yang Menakutkan”-Kata Zareen Khan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    “Zareen Khan memulakan kerjaya berlakonnya pada 2010 di dalam filem Veer bersama dengan Salman Khan. Zareen Khan terakhir berlakon pada tahun 2021 di dalam filem Hum Bhi Akele Tum Bhi Akele.”

    Pelakon Wanita Bollywood yang dikenali ramai iaitu Zareen Khan berkongsikan pengalamannya berkerjasama dengan bintang terkenal Bollywood iaitu Salman Khan di applikasi Reddit dalam “Ask Me Anything”. Zareen Khan juga membuka cerita mengenai nasibnya yang dikaitkan dengan Katrina Kaif semasa awal menceburi bidang lakonan.

    Sesama sesi Reddit tersebut, salah satu pengguna aplikasi berkenaan menanyakan kepadanya untuk jujur menceritakan pengalam berkerjasama dengan Salman Khan. Zareen Khan yang berlakon bersama Salman Khan di dalam filem Veer serta menari bersamanya ‘Character Dheela’ hanya memberikan satu perkataan sahaja mengenai Salman Khan iaitu “Menakutkan”.

    Katrina Kaif (kiri) & Zareen Khan (kanan) yang mempunyai rupa paras yang sama

    Di Samakan Dengan Katrina Kaif?

    Namun Zareen Khan tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengapa dia berkata sedemikian kepada Salman Khan. Selain itu, ramai juga yang menanyakan mengenai persamaan dirinya dengan pelakon hebat Katrina Kaif yang dikatakan hampir sama wajah dan dirinya. Zareen juga menjawab pertanyaan tersebut dan membuka cerita bagaimana persamaan antara dia dan Katrina Kaif itu memberi impak yang sebaliknya dalam kerjayanya.

    “Semasa saya memasuki industri seni ini, saya seperti anak kecil yang hilang arah disebabkan saya tidak mempunyai latar belakang dalam bidang seni dan ia membuatkan saya gembira apabila dibandingkan dengan Katrina Kaif kerana saya adalah peminatnya oleh kerana dia begitu menawan dan cantik”-kata Zareen Khan

    “Akan tetapi pujian tersebut telah menjadi penghalang kepada kerjaya saya apabila ramai orang dalam industri seni ini tidak memberikan peluang untuk saya menyerlahkan identit tersendiri kerana asyik disamakan dengan Katrina Kaif”-tambah Zareen Khan

    Selain itu, ada juga pengguna aplikasi berkenaan yang menanyakan kepadanya adakah disebabkan Zareen Khan mengenali ramai orang besar dalam industri menyebabkannya jarang untuk berlakon?.

    ALSO READ:  Taiwanese Artist Aaron Yan’s Ex-BF Qiu Yaole Scammed A Netizen By Soliciting Sex Then Ghosting Them

    Adat resam dalam industri seni adalah mereka tidak menginginkan dua orang yang mempunyai karakter yang sama jadi perkara tersebut amat menyukarkan Zareen Khan untuk mendapatkan peluang berlakon yang lebih banyak kerana asyik disamakan dengan Katrina Kaif.

    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts