Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityCantik Dalam Parut: Hawa Rizwana, Wanita Penuh Semangat di Balik Calar-Balar

    Cantik Dalam Parut: Hawa Rizwana, Wanita Penuh Semangat di Balik Calar-Balar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sudah menjadi lumrah bahawa wanita ini sememangnya memiliki sifat lemah-lembut, bersopan-santun dan sentiasa menjaga tatatertib.

    Namun, ia bukanlah penghalang untuk para wanita ini menjalani gaya hidup yang sihat, aktif, lasak dan sentiasa pantas melakukan pekerjaan.

    Perilaku ini tidak sedikit pun akan menjejaskan tatasusila mereka sebagai wanita timur yang berbudi pekerti. Tidak pula akan menjadikan mereka kelihatan tidak manis.

    Nenek dan emak kita terdahulu juga bukan semuanya berisfat lemah-lembut yang tidak aktif. Mereka lebih aktif sebenarnya menerusi rutin harian mereka, bahkan tidak langsung tidak dibantu oleh alat moden atau mesin hari ini.

    Contohnya mereka banyak berjalan kaki kerana dulu tiada kenderaan. Mereka berkebun kerana susah untuk mendapatkan bahan mentah di kedai. Mereka memasak, mencuci pakaian dan menguruskan hal rumah tanpa bantuan pembantu.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini selebriti popular, Hawa Rizwana tidak kisah badannya calar-balar kerana melakukan aktiviti lasak atas tuntutan kerja sebagai seorang anak seni.

    Cantik Dalam Parut: Hawa Rizwana, Wanita Penuh Semangat di Balik Calar-Balar
    Cantik Dalam Parut: Hawa Rizwana, Wanita Penuh Semangat di Balik Calar-Balar

    Kata Hawa, 28, ketika di bangku sekolah rendah, dia tidak diberi kesempatan melakukan perkara tersebut kerana dilarang orang tuanya.

    “Saya berjiwa lasak sebenarnya. Tapi sewaktu membesar, ibu bapa saya tidak bagi saya buat apa-apa aktiviti lasak termasuk sukan. Mungkin sebab saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

    “Jadi dari zaman sekolah hingga universiti, saya cuma diberi keizinan untuk menari sahaja. Jadi bila sudah dewasa dan sudah boleh berdikari, baru saya aktifkan diri dengan melakukan perkara-perkara lasak,” katanya.

    Bercerita tentang pengalamannya sewaktu menyertai program Real Men Malaysia: Wira Merah, Hawa memberitahu dia mengalami kecederaan pada siku yang terluka sewaktu melakukan salah satu aktiviti lasak.

    “Saya lagi suka kalau ada calar-calar sebab perkara itu memberikan saya pengalaman. Selama 22 hari berkampung di Terengganu untuk program Real Men Malaysia: Wira Merah, saya tidak fikir langsung tentang kencantikan diri yang perlu dijaga.

    “Saya rahsiakan dan tidak beritahu pada ibu bapa bahawa saya dapat sertai Real Men Malaysia: Wira Merah sebab takut mereka tidak benarkan.


    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts