Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityCaprice Percaya Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes Hanyalah Untuk Memenangi Undian...

    Caprice Percaya Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes Hanyalah Untuk Memenangi Undian PRN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil semalam mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang masih berbaki sehingga harini dibatalkan serta-merta.

    Penutupan Serta Merta

    via Instagram Good Vibes

    Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata, pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

    Fahmi yang sebelum ini telah memanggil penganjur festival itu iaitu Future Sound Asia bagi memberi penjelasan susulan aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis dari United Kingdom The 1975 di Sepang, baru baru ini.

    Peniaga Merayu Kepada Fahmi

    Atas kejadian tersebut, satu hantaran video milik Caprice telah mendapat perhatian dari netizen.

    Dalam hantaran video tersebut, Caprice menunjukkan seorang lelaki yang merayu kepada Fahmi Fadzil untuk tidak membatalkan penganjuran program tersebut serta merta kerana tindakan tersebut akan menyebakan kerugian kepada golongan vendor dan peniaga-peniaga yang turut terlibat.

    Tindakan Untuk Meraih Undian

    Tulisnya, pihak Fahmi sepatutnya tidak mengambil tindakan yang akan menjejaskan vendor-vendor yang tidak bersalah.

    Sepatutnya tidak ambil tindakan sampai terjejas semua vendor-vendor yang tidak bersalah.

    Saya percaya, keputusan diambil hanyalah untuk memenangi undian dalam kalangan Melayu/Muslim untuk PRN akan datang, tetapi ini bukan PRN Kedah.

    Tambahnya lagi, dia percaya keputusan yang diambil adalah untuk memenangi undian dari rakyat bersempana pilihan raya tidak lama lagi.

    Vendor Tidak Bersalah Tidak Patut Dihukum

    via Instagram Capricedaddycap

    Dia juga menyatakan bahawa artis lain dan vendor sepatutnya tidak patut dihukum disebabkan kebodohan yang dilakukan oleh Matty.

    Untuk makluman, persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

    ALSO READ:  [VIDEO] A. Aida Tuntut ‘Datuk S’ Bayar Hutang!-“Bayar Cepat Duit Saya…”

    Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts