Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityDedah Nama & Wajah Anak, Ramai Yang Tidak Tahu Syafiq Farhain Telah...

    Dedah Nama & Wajah Anak, Ramai Yang Tidak Tahu Syafiq Farhain Telah Berkahwin?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali dengan Pemenang tempat kedua Big Stage musim pertama itu Syafiq Farhain yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia.

    Selain dari menyanyi dan berlakon, Syafiq Farhain juga merupakan seorang anggota Bomba dan merupakan anak keempat kepada penyanyi lagenda allahyarham Saleem.

    Dedah Wajah Anak Untuk Elak Dianggap Masih Bujang

    Pasti ramai yang tidak tahu bahawa Syafiq Farhain telah pun bernikah dengan Alia Nadia yang juga merupakan pengurusnya pada 10 Oktober 2021.

    Pada 6 Jun yang lalu, Isterinya Alia Nadia selamat melahirkan anak sulung mereka kira-kira pada pukul 10 pagi di sebuah pusat perubatan kuala Terengganu. Bayi perempuan seberat 2.95 kilogram itu dilahirkan secara normal.

    Baru-baru ini, Syafiq Farhain pertama kali memuat naik foto wajah anak perempuannya yang diberi nama Nur Eshal Zahra. Syafiq Farhain memutuskan untuk berbuat demikian kerana ingin mengelakkan kekeliruan kerana masih ramai yang menyangka dia masih bujang.

    Syafiq Farhain juga berkongskan gambar dirinya mendukung anak perempuannya itu beserta kapsyen “Bunga Abah”. Syafiq Farhain sebelum ini ada menyatakan bahawa dia tidak gemar untuk memuat naik apa-apa mengenai soal hal peribadinya kerana media sosialnya lebih kepada pekerjaan sehari-harian.

    Syafiq Farhain juga akan mengeluarkan single terbarunya yang bergenre balada pada bulan Ogos nanti. Apa-apa pun semoga bayi tersebut membesar dengan sihat dan mendapat kasih sayang yang secukupnya dari Syafiq Farhain dan isteri, serta semoga membersar menjadi anak yang solehah dan dihormati ramai.

    Apa kata anda?



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts