Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityDikecam Selepas Nyanyi ‘Tak Sedap’ Secara Live, Ini Jawapan Dari Saixse!

    Dikecam Selepas Nyanyi ‘Tak Sedap’ Secara Live, Ini Jawapan Dari Saixse!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sejak kebelakangan ini, ramai penyanyi baru yang timbul, bak kata pepatah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang berkualiti namun ada juga hanya mengharapkan populariti media sosial.

    Lain pula bagi Penyanyi baru ini iaitu Saixse di mana lagu ‘Malam Pagi’ telah menjadi trending di semua media sosial yang ada dan membuatkan dia menjadi penyanyi baharu yang dikenali ramai. Lagu Malam Pagi ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya dari Saixse sendiri dan berkolaborasi bersama MK dan Nadhir Nasar sebagai pengarah muzik video tersebut.

    ‘Malam masih muda asal kau duduk macam tak buat apa’ merupakan lirik lagu yang paling banyak digunakan di applikasi Tiktok, iai merupakan lagu healing anak-anak muda zaman sekarang.

    Dikecam Kerana Nyanyi Live Tak Sama Macam Recording?

    Baru-baru ini, berlangsungnya konsert fyp meletop dan Saixse merupakan salah seorang penyanyi yang membuat persembahan pada malam tersebut.

    Namun selepas membuat persembahan, Saixse dikecam teruk akibat dari video yang dimuatnaik oleh penonton yang mendengarkan suaranya tidak begitu sedap.

    “Penyanyi sekarang macam cendawan tumbuh, lagu sedap tapi sayang rapper takde kualiti,”

    “Hhahaah obviously dekat radio tu autotune, dengar pun dah tahu”

    “Bapak malu doo satu Malaysia tengok live sumbang,”

    “Hauuuuuk Mattt”-kata mereka

    VIA instagram
    VIA instagram

    Namun Saixse sedikit pun tidak melatah apabila ada yang menanyakan kepadanya mengapa suaranya tidak sedap serta dia menjawab soalan tersebut dengan tenang.

    “Kenapa Live tak sedap?”-tanya mereka

    “First time, lagipun saya memang tak pandai nyanyi, dapat peluang macam tu seumur hidup, tak rehearsal and practice langsung, on the spot terus”-jawab Saixse

    VIA instagram

    Setiap kali penyanyi baru membuat persembahan pastinya mempunyai kesalahan di mata netizen. Apa-apa pun semoga Saixse teruskan perjuangan sebagai penyanyi dan banyakkan belajar dari kekurangan agar semakin banyak penambahbaikkan  pada masa akan datang.

    Apa Kata Anda?


    Credit: Gossip – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts