Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityDipersoal Jual Produk Bantal Zikir Tetapi Teman Wanita Tidak Bertudung, Sufian Suhaimi...

    Dipersoal Jual Produk Bantal Zikir Tetapi Teman Wanita Tidak Bertudung, Sufian Suhaimi Akui Terima Saja Kritikan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam hal mencari jodoh, Rasulullah SAW bersabda:

    “Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah kamu merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik.” (HR Bukhari dan Muslim)

    Jelas dalam hadis ini, perkara perlu diperhatikan lelaki dalam diri calon pasangan ialah hartanya, kaya atau tidak; keturunannya, apakah dia berasal daripada keturunan baik-baik, kecantikannya,  rupa paras dan agamanya, faham dan amalan agamanya.

    Namun, Islam menyarankan sebaik-baik pilihan dibuat berdasarkan faktor agama.

    Harus diingatkan, dalam hal mencari jodoh, bukan golongan Adam sahaja berhak untuk memilih, wanita juga boleh memilih pasangannya.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi Sufian Suhaimi meluahkan bahawa dia tidak terasa hati apabila ada segelintir netizen mempersoal mengapa teman wanitanya tidak bertudung, sedangkan dia menjual produk bantal zikir.

    Sufian yang baru melancarkan single berjudul Menggenggam Bahagia, berharap soal perniagaan dan kisah peribadinya, tidak perlu dicampur-adukkan.

    Akui Sufian, selama ini, dia tidak pernah menetapkan kriteria pasangan, sebaliknya, percaya jodoh dan pertemuan sebagai ketentuan takdir.

    “Saya ambil maklum pandangan netizen dan buat refleksi diri atas setiap komen diberi. Saya mengharapkan yang terbaik dan jika teguran itu boleh membawa asbab kebaikan, saya terima dengan berlapang dada.

    “Saya tiada kriteria pasangan dimahukan kerana jodoh itu rahsia Tuhan. Kita tidak tahu pengakhiran seseorang itu, cuma, saya berharap, perkara itu tidak dicampur aduk dengan perniagaan.

    “Niat saya menjalankan perniagaan bantal zikir untuk berkongsi kebaikan melalui zikir, selawat dan ayat suci al-Quran.

    “Saya harap kebaikan itu kembali kepada saya,” katanya ditemui pada majlis pelancaran single baharunya, Menggenggam Bahagia di ibu negara, baru-baru ini.

    Ditanya penerimaan kekasihnya terhadap tohmahan netizen, Sufian berkata, teman wanita itu matang berdepan kontroversi.

    “Dia sangat matang berdepan ujian itu. Selagi mana perkara itu tidak hina mahu pun keji, kami terima dengan hati terbuka.

    “Dia orang yang baik, begitu juga keluarganya. Jadi, kami terima sahaja apa yang betul,” katanya.

    Difahamkan, Sufian menjalin hubungan dengan seorang gadis yang dikatakan masih menuntut di menara gading. Bagaimanapun, Sufian enggan berkongsi latar belakang gadis berkenaan.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts