Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Datin Dr Halina telah selamat melahirkan cahaya mata ketujuh mereka pada 12 Julai di Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling, Jaya, Selangor.
Isteri & Bayi Dalam Keadaan Baik
Menurut Dr Sheikh Muszaphar menerusi hantaran di Instagram, isteri bersama bayi lelaki mereka kini berada dalam keadaan baik, malah sempat menyatakan bahawa masih tidak dapat pasti sama ada wajah bayi lelaki berkenaan mirip wajahnya atau isteri.
“Dilahirkan hari ini, 12 Julai,. Berat 2.98 kg. Mommy dan baby dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur sangat.
PS- Tak pasti muka Mommy or Daddy.”-tulis Dr Sheikh Muszaphar
Sheikh Muhammad
Dalam pada itu, angkasawan negara ini turut mengumumkan nama bayi ketujuhnya, iaitu Sheikh Muhammad sebagai rasa kasih terhadap Nabi Terakhir, Nabi Muhammad SAW.
“Sheikh Muhammad. Nama yang dipilih. Untuk rasa kasih kepada Nabi Terakhir kita. Tetapi anak-anak mahukan nama yang lain. Noah mahu Ibrahim, Tasha mahu Isaac, Adam nak Adam Junior. Eusoss & Emelia fine with any. Hanya Bella bersetuju dengan nama Muhammad.
Setiap individu mempunyai pemikiran yang berbeza. Mari panggilnya Little Sheikh buat masa sekarang.”-kongsi Sheikh Muszaphar
Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Halina Mohd Yunos pada Oktober 2010. Pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, sepasang kembar, Eusoff dan Emilia, serta Sheikh Muhammad selamat dilahirkan pada 12 Julai 2023.
Credit: Selebriti – Murai MY