Pelakon, Fasha Sandha berkngsi rasa teruja apabila dapat digandingkan bersama penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira dalam sebuah drama Rampas Cintaku 2.
Idola Sejak Bangku Sekolah
Menurut Fasha, seluruh ahli keluarganya mengetahui betapa dirinya yang sangat meminati Erra sejak di bangku sekolah.
“Tuhan je yang tau, jantung berdebar dejak 6 pagi tadi. Sepanjang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran masih berdebar debar. Hari ini dalam sejarah, nak bertemu dengan idolaku, satu frame dengan idolaku Erra Fazira.
Satu family ku tau sejak di bangku sekolah memang nama kak Erra yang ku jerit-jerit lompat-lompat setiap kali menonton anugerah di kaca TV, peminat setia ni..”-luah Fasha Sandha di Instagram
Dedah Sikap Erra
Tambahnya lagi, Fasha turut mendedahkan sikap Erra yang sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, malah tidak pernah berkata buruk mengenai sesiapapun.
“Beliau yang masih disegani, masih disayangi, the one and only primadona Erra Fazira. Primadona yang sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, tidak pernah berkata tidak baik tentang sesiapapun, primadona yang tidak pernah kenal erti penat.”-dedah Fasha
Erra Fazira Beri Respon!
Perkongsian Fasha di Instagram itu mendapat respon oleh Erra di ruangan komen yang merendah diri dengan menjelaskan bahawa dirinya hanyalah seorang individu biasa dan masih belajar walau dari mereka yang lebih muda darinya.
Apa komen anda?
Credit: Selebriti – Murai MY