Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityIsu Asyraf Khalid & Tya Arifin Dituduh ‘Rude’ Dengan Pekerja Hotel, Netizen...

    Isu Asyraf Khalid & Tya Arifin Dituduh ‘Rude’ Dengan Pekerja Hotel, Netizen & Rakan Selebriti Dedah Sikap Sebenar!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan yang juga anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin merupakan seorang pelakon dan usahawan itu menjadi bualan ramai selepas tular satu ciapan netizen di media sosial yang mendakwa pasangan ini bersikap kurang ajar dengan pekerja hotel.

    Asyraf menerusi hantaran di Instagram, tampil bersuara dengan menafikan dakwaan berkenaan serta menyifatkan ia sebagai satu tuduhan yang tidak berasas.

    “Ini adalah tuduhan yang tak berasas. Kita berada dalam dunia business, jadi kita pun tak boleh nak jangka apa tuduhan yang tak berasas dari pesaing atau sesiapa.”-jelas Asyraf

    Netizen & Rakan Selebriti Dedah Sikap Sebenar Asyraf & Tya Arifin

    Penjelasan Asyraf di media sosial turut dibanjiri dengan komen netizen serta rakan selebriti yang mendedahkan sikap sebenar pasangan ini yang sangat merendah diri serta menghormati orang lain, malah ada yang sempat mempersoalkan sebab Asyraf tidak membuat laporan polis terhadap penyebar fitnah.

    “No way this is true! You and Tya both sangat-sangat friendly. Siap datang my baby shower kat Janda Baik lagi tu walaupun hujan sangat lebat dan kita baru kenal each other. Ada hari tu kita takde mood, dan mungkin haritu jugaklah kita bertemu dengan orang tu, terus label artis kekwat. Moga more pahala for you guys.”-Uyaina Arshad

    “Kenapa tak buat police report untuk mereka pemfitnah ni.”

    “Allahu. Anggaplah ini sebagai ladang pahala baru buat Acap & Tya. Personally Pak Nil sendiri kagum dengan budi bahasa Acap. Anak orang senang yang sentiasa merendah diri dan hormat orang. Bukan tutur kata sahaja teratur sopan malah mesej WhatsApp dia pun sangat tersemat bunyi hormat dan rendah diri.”-Aznil Nawawi

    “Saya pernah bekerja untuk Asyraf & Tya sebagai driver mereka, tak pernah sekali pun mereka berdua pandang rendah dekat saya dengan memanggil saya driver. Setiap pagi mesti wish good morning walaupun saya hanyalah driver. Mereka berdua murah dengan senyuman dan sentiasa say thank you dekat saya. Sangat humble. Saya tak tahu celah mana yang sombongnya.”

    Apa komen anda?


    Credit: Gossip – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts