Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityJadi Wanita Teraniaya Bukanlah Ujian Hidup Yang Mudah, Shuhada Tak Akan Berkawan...

    Jadi Wanita Teraniaya Bukanlah Ujian Hidup Yang Mudah, Shuhada Tak Akan Berkawan Baik Dengan Hafidz Selepas Cerai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hukum bekas pasangan suami isteri berjumpa adalah sama seperti dua orang yang ajnabi (asing) berlainan jantina berjumpa.

    Malah mengikut sumber sahih berkenaan hukumnya, ia perlu melihat kepada keperluan.

    Sekiranya tidak ada keperluan, sedangkan perjumpaan membawa kepada memandang, berkhalwat, dan bercakap secara mesra antara satu sama lain, maka tidak dibenarkan.

    Berbahas soal itu, baru-baru ini Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menolak menjadi kawan baik bekas suami yang juga pelakon, Hafidz Roshdi, 29, selepas bercerai talak satu dengan cara baik di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada 27 Julai 2023.

    Nurul Shuhada berkata, cukuplah berhubung baik demi anak-anak.

    “Kawan baik itu mungkin tidak, tetapi sebagai ibu bapa, insya-Allah saya boleh berkomunikasi dengannya secara baik.

    “Lagipun, saya juga tiada sorok apa-apa daripada Humairah dan Umar. Saya beritahu kami sudah berpisah dan Humairah pun mengatakan, Allah akan menggantikan dengan lebih hebat,” katanya yang ditemui BH Online selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pagi tadi.

    Nurul Shuhada berkata, menjadi wanita teraniaya bukanlah satu dugaan hidup yang mudah untuk dilalui.

    Justeru, Nurul Shuhada berpesan kepada wanita yang mencari bahagia atas penderitaan orang lain agar takut pada Allah.

    Katanya, dia bersyukur kepada Allah dapat merasai dugaan sebesar itu, meskipun kini bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata.

    “Namun, sesiapa yang bercita-cita cari kebahagiaan atas penderitaan orang lain, saya menasihatkan agar takut pada Allah.

    “Allah tahu dan mampu membolak-balikkan hati kita. Semua ini hak Allah, termasuk hati kita,” katanya

    Tambah Nurul Shuhada, dengan apa yang sudah dilalui dan menasihatkan wanita yang melalui nasib sama dengannya agar terus kuat dan tabah berdepan ujian Allah.

    ALSO READ:  Faizal Ismail Diberi ‘Lesen’ Tauliah Sebagai Penceramah Oleh Mais, Tetapi Tidak Boleh Sentuh Pengajaran Kitab Atau Hadis

    “Saya nak beri semangat kepada wanita mengalami nasib sama dengan saya. Kena banyak bersabar, walaupun saya tahu, ia sangat perit dan pedih.

    “Tetapi, percayalah Allah takkan beri bebanan yang lebih daripada kemampuan. Kita kejar cinta Allah dan akan digantikan dengan sesuatu yang lebih indah.

    “Sejujurnya, ini adalah ujian Allah untuk menjadikan saya lebih kuat dan contoh kepada anak. Bagi saya, semua wanita kena kuat untuk anak dan diri sendiri,” katanya.

    Dalam masa sama, Nurul Shuhada juga meluahkan penghargaan kepada teman artis dan orang ramai yang mendoakannya dan anak-anak.

    “Kepada mereka yang selalu mendoakan dan memberi semangat kepada saya, antaranya Puteri Sarah Liyana, Bella Astillah dan ramai lagi, terima kasih banyak-banyak.

    “Tanpa Puteri Sarah, saya takkan berdiri di sini hari ini. Jadi, terima kasih kepada Puteri Sarah. Saya doakan agar kita bahagia bersama, insya-Allah,” katanya.

    Dalam perkembangan, Nurul Shuhada mengakui, dia turut menerima tawaran lakonan bagaimanapun memilih untuk menolak.

    “Ya, memang sudah ada tawaran lakonan diterima, tetapi bukan jiwa saya. Terima kasih kepada menawarkan rezeki dan membantu saya meneruskan kehidupan.

    “Terima kasih kepada Allah kerana berikan rezeki tidak putus kepada saya,” katanya yang akan mengerjakan ibadah umrah dalam masa terdekat.

    Pagi tadi, Nurul Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

    Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts