Gelagat usahawan sensasi iaitu Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang hadir menjemput ibunya yang merupakan pelakon veteran, Normah Damanhuri yang baharu selesai menunaikan ibadah haji telah tiba di tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Tidak Henti Peluk & Cium Ibu
Kak KM, menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik video dirinya yang tidak henti mencium dan memeluk ibunya ketika tiba di KLIA, malah sempat berseloroh telah membelikan durian buat Normah Damanhuri sebagai hidangan keluarga mereka.
“Menjemput Hajah Normah Damanhuri. Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan urusan Mama yang penting Mama sihat.
Sayang (Kak KM) dah order durian. Besok (hari ini) kita makan durian. Mak Kak KM DM teringin nak makan durian.”-kata Kak KM
Netizen Sebak!
Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat meluahkan rasa sebak melihat gelagat Kak KM bersama ibunya itu, malah ramai yang menitipkan doa buat mereka sekeluarga.
Walaupun Kak KM dihujani dengan pelbagai kontroversi, bab hubungan dirinya bersama keluarga sangat terbaik..
Apa komen anda?
Credit: Selebriti – Murai MY