Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityKecil-Kecil Sudah Simpan Hasrat Jadi Pelakon, Nabila Tak Halang Anak Ceburi Bidang...

    Kecil-Kecil Sudah Simpan Hasrat Jadi Pelakon, Nabila Tak Halang Anak Ceburi Bidang Lakonan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon versatil, Nabila Huda, 38, memaklumkan anaknya, Kesha Laila, 13, berhasrat mengikut jejaknya bergelar pelakon.

     Menurutnya, dia tidak menghalang Keisha dan akan menyokong kehendaknya kerana itu impiannya pada masa ini.

    “Mungkin sekarang dia nak jadi seorang pelakon. Tapi apabila dah besar dia akan cuba benda lain. Saya tak kisah apa-apapun yang dia buat, saya tetap akan sokong dia.

    “Cuma saya cakap dengan dia, habiskan sekolah dulu. Selesaikan apa yang patut. Jika kamu berbakat, bila-bila masa saja kamu akan jadi pelakon. Jangan bimbang fasal itu.

    “Dan saya akan pastikan sebelum masuk set, saya akan latih dia dulu untuk pastikan dia dalam keadaan bersedia,” katanya.

    Nabila yang juga anak kepada penyanyi legenda Datuk Amy Search berkata, apabila cuti sekolah, Keisha kadangkala akan mengikutnya shooting.

    “Sebagai emak saya selalu bagi dia semangat serta sokongan dan saya akan tetap jadi penyokong nombor satu sebab kita tak perlu nak menghalang apa anak kita nak buat.

    Nabila berpendapat mungkin sekarang Keisha melahirkan hasrat mahu bergelar pelakon, namun apabila usianya mencecah 40 tahun, dia akan mengubah minat dalam bidang lain pula.

    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts