Pada 27 Julai yang lalu, Xportsnews memberitahu bahawa Kim Seon Ho akan membuat penampilan istimewa dalam drama terbaru “You Have Done Well” (ditulis dalam loghat Jeju).
Pada masa yang sama, pihak agensi Kim Seon Ho memberitahu bahawa dia menerima tawaran tersebut untuk berlakon dalam drama terbaru “You Have Done Well” namun dia masih mempertimbangkan tawaran tersebut., dan segalanya sedang dibincangkan. Drama terbaru itu telah ditulis oleh penulis hebat Korea Selatan iaitu Im Sang Choon untuk drama “Fight My Way” dan “When The Camellia Blooms” yang diarahkan oleh pengarah Kim Weon Seok.
Drama terbaru inijuga dijangkakan akan menjadi drama yang hangat dan yang dinantikan untuk ditonton oleh peminat kdrama tidak kira di mana jua mereka berada. Perkara ini dijangkakan kerana, drama tersebut mengandingkan beberapa pelakon yang popular yang mempunyai peminat yang ramai diseluruh dunia.
Drama “You Have Done Well” ini menceritakan tentang kehidupan Ae Soon dan Gwan Shik yang dilahirkan di pulau Jeju pada tahun 1950an. IU akan membawa watak sebagai Ae Soon, di mana dia mempunyai cita-cita ingin menjadi seorang penyair walaupun dia tidak mampu untuk ke sekolah. Watak Ae Soon adalah watak yang menonjol kerana dia tidak menyorokkan apa-apa perasaan (lantang dan berpendirian teguh).
Park Bo Gum pula akan membawa watak sebagai Gwan Shik, yang merupakan seorang yang sangat pandai dan seorang yang pendiam. Percintaan bukan sesuatu kekuatan baginya namun dia menjadi seorang pejuang dalam percintaan yang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan cinta daripada Ae Soon. Dia menyukai Ae Soon sejak dari awal perkenalan mereka sehingga dia sanggup korbankan apa sahaja untuk cintanya itu.
Apa kata anda?
Credit: Selebriti – Murai MY