Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity“Luka Di Hati Masih Berdarah,”- Ibu Syamsul Yusof Kongsi Luahan Hati Disertai...

    “Luka Di Hati Masih Berdarah,”- Ibu Syamsul Yusof Kongsi Luahan Hati Disertai Momen Bersama Cucu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Memiliki cucu dan bergelar datuk atau nenek tentunya menghadirkan satu perasaan berbeza.

    Tidak seperti ketika dikurniakan anak, menimang cucu mungkin memberikan rasa teruja yang lebih, terutama mendapat gelaran baru seperti atuk, tok wan, tok bah, mak tok, opah dan macam-macam lagi.
    Namun, bagi mereka yang terpaksa mengharungi pergolakan institusi kekeluargaan apabila berlaku penceraian, sukar untuk menidakkan bahawa kemesraan pastinya akan terkesan.

    Berbahas soal itu, ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail berkongsi luahan hatinya disertai momen bersama cucunya.

    Dalam hantaran itu, kelihatan Syaikhul Islam dan Sumayyah sedang berada dalam kapal terbang tanpa diketahui destinasi dituju.

    “Luka di hati maseh (masih) berdarah,” tulisnya.

    Patimah sememangnya menjadi antara ahli keluarga yang jelas terkesan dengan perceraian Syamsul dan bekas isterinya juga pelakon Puteri Sarah.

    Sepanjang proses itu, dia sentiasa menyatakan sokongan kepada menantunya itu. Tidak ketinggalan, kerap berkongsi coretan hati yang cukup menyentuh di media sosial.

    Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah terlerai apabila mereka akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

    Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

    Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts