Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityMat London Sudah Tiada

    Mat London Sudah Tiada

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Industri perfileman negara hari ini telah dikejutkan dengan khabar duka mengenai pelakon dan pengarah, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London, 74, yang telah mengembuskan nafas terakhirnya akibat pelbagai kompliaksi penyakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 5.57 pagi ini.

    Khabar duka itu dikongsi sendiri oleh anaknya, Salmany Akir Ahmad menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Malah, anak lelaki kepada Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) ini turut memaklumkan pada Khamis mengenai keadaan bapanya yang semakin tenat dan nazak.

    “Sesudah laungan azan subuh..Papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi pagi Jumaat.

    Ya Allah! Ampunilah almarhumah (jenazah lelaki),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.”-kongsi Salmany Akir

    Jenazah Allahyarham Mat London akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pada pagi ini dan dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat.

    Selain Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Allahyarham Mat London juga dikenali sebagai pelakon menerusi drama bersiri Kampong Pisang Bersiri-Siri arahan Allahyarham Mamat Khalid, yang memegang watak sebagai Pak Karim.

    Sekadar info, Mat London pernah mendirikan rumah tangga dengan dramatis senior, Datin Fadilah Mansor pada 18 Oktober 1989 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, dan Faeesal Aswad. Pasangan ini juga membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2012, dan Allahyarham tidak pernah berkahwin semula, serta tinggal bersama pembantunya di Taman Melawati.

    Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.


    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts